Kutipan filem Dilwale gagal, Shah Rukh Khan pulangkan separuh bayaran sebagai ganti rugi
Kutipan filem Dilwale gagal, Shah Rukh Khan pulangkan separuh bayaran sebagai ganti rugi |
Umum mengetahu filem Dilwale yang dibintangi oleh Shah Rukh Khan (SRK) dan Kajol gagal meraih kutipan tinggi di pawagam.
Malah lebih parah, apabila Dilwale dilihat lebih banyak menimbulkan kontroversi berbanding pujian positif penonton.
Terbaru, seorang pemerhati filem mendakwa Shah Rukh Khan telah mengembalikan 50 peratus bayaran kepada pihak produksi akibat kegagalan Dilwale.
“SRK telah tunaikan apa yang harus dilakukan dengan mengembalikan 50 peratus bayaran sebagai ganti rugi yang dialami Dilwale. Itu seharusnya dilakukan oleh seorang pelakon dan produser yang bertanggungjawab,” ujar pemerhati Komal Nahata.
Seorang lagi penganalisis filem Bollywood , Kumar Mohon menjelaskan tindakan SRK harus diberi pujian dan menjadi contoh kepada pembikin filem mahupun para pelakon Bollywood.
“Saya sangat menghargai apa sahaja yang SRK lakukan untuk Dilwale. Sekiranya filem tersebut gagal, mengapa pihak pengedar yang perlu dipersalahkan?
“Tindakan tersebut merupakan langkah yang cukup besar dan saya percaya ianya akan menjadi satu amalan kepada industri filem Bollywood kelak,” katanya.
Walau bagaimanapun tidak diketahui berapa jumlah bayaran yang diterima oleh SRK untuk filem Dilwale.
Antara faktor Dilwale gagal di pawagam kerana petani di Maharashtra mengambil keputusan memboikot filem tersebut kerana Shah Rukh Khan tidak menghulurkan sebarang bantuan kewangan sewaktu mereka melalui musim kemarau yang teruk.
Selain pengarah Rohit Shetty menuduh SRK tidak menunjukkan sebarang usaha mempromosikan Dilwale seperti yang dilakukannya untuk Chennai Express sebelum ini.
Olahan Semula: Khalid Rahman
Sumber: Deccan Chornicle, Indian Express
Sumber: Astro Gempak
Post a Comment