Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak – Menteri pembangunan wanita

Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak – Menteri pembangunan wanita

Datuk Rohani Abdul Karim suruh setiap keluarga disarankan mempunyai 4 anak saja

Datuk Rohani Abdul Karim suruh setiap keluarga disarankan mempunyai 4 anak saja
Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak – Menteri pembangunan wanita
Keluarga di Malaysia disaran miliki empat anak




Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat orang anak bagi meluaskan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara. -
KUALA LUMPUR: Secara ideal, setiap keluarga di negara ini disarankan memiliki empat anak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata ia bagi meluaskan sumbangan asas domestik dalam merancakkan ekonomi negara.

Beliau berkata ketika ini rata-rata keluarga muda di negara ini memiliki dua anak.

"Secara purata, kadar kelahiran adalah 2.0 bermakna rata-rata pasangan muda negara ini mempunyai anak seramai dua orang. Namun, berlandaskan keperluan populasi, jumlah ideal adalah empat orang," kata beliau mengulas mengenai penyusutan kadar kelahiran di Malaysia dikeluarkan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia ke 5 (KPKM5) baru-baru ini.

Menurut Rohani, secara umumnya negara perlu memastikan populasi tidak berada di bawah 30.5 juta orang bagi menyuburkan penggunaan domestik dan ekonomi.

"Kita memerlukan asas domestik yang luas dan berharap populasi penduduk seramai 30.5 juta ketika ini akan bertambah kerana kalau ia berkurang ia akan memberi kesan kepada ekonomi," ujar Rohani.

Beliau berkata asas domestik negara yang kecil menyaksikan negara perlu mewujudkan lebih banyak perdagangan dengan negara luar.
Setakat 2015, populasi penduduk mencecah 30.5 juta orang dengan 48peratus terdiri daripada wanita.

Menjelang 2020, jumlah itu dijangka meningkat antara 32 hingga 34 juta orang.

ccc--http://www.astroawani.com




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post