Kecewa Putus Tunang “Tikam Perut Sendiri Hingga Usus Terburai”
Kecewa Putus Tunang “Tikam Perut Sendiri Hingga Usus Terburai” |
amaran: tatapan gambar hanya untuk umur 18+ tahun sahaja.
|KUCHING: Kematian seorang lelaki yang ditemui dalam keadaan perut terburai di sebuah rumah kongsi di Demak Laut di sini dipercayai berpunca daripada masalah cinta sehingga menyebabkan dia nekad menikam dirinya.
Ketua Polis Daerah ACP Roslan Bek Ahmad berkata, mangsa warga indonesia sebelum ini pernah bertunang dengan seorang gadis juga warga Indonesia, namun memutuskan pertunangan mereka pada 12 Februari lalu.
Menurutnya, sejak hari tersebut, mangsa yang dikenali sebagai Dimas dan berusia sekitar 20-an mula gelisah dan hilang arah sehingga dia ditemui mati sekitar jam 4 petang kelmarin.
“Pemeriksaan pada badan mangsa didapati satu kesan tikaman pada perut menyebabkan bahagian usus perut terburai, namun didapati tiada kesan pergelutan di tempat kejadian.
“Sebilah pisau pemotong sayur dijumpai berhampiran mayat mangsa dan didapati juga sekeping surat dipercayai ditulis mangsa ditemui di tempat kejadian,” kata Roslan.
Antara isi kandungan surat berbahasa Indonesia tersebut ialah: “Sekit sore ade ini terakir buat kita Dud? Sampai hati buat aku kecewa macam ini, aku tidak dapat tahan suda, biar aku mati daripada aku hidup…”
Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
“Siasatan masih dijalankan dan sehingga laporan bedah siasat diperolehi, kes ini disiasat sebagai mati mengejut (SDR),” kata Roslan
Post a Comment