"Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie" - Raja Azmi

"Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie" - Raja Azmi

Meskipun bakal bernikah kali kedua bersama Eddie pada 26 Februari ini, Raja Azmi akui beliau ada rasa berdebar menanti hari perkahwinannya itu.

"Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie" - Raja Azmi
"Jujur Saya Rasa Berdebar Nak Nikah Semula Dengan Eddie" - Raja Azmi
Jujurnya, saya rasa berdebar menantikan detik pernikahan semula bersama Eddie. Macam kali pertama nak bernikah pula. Saya bersyukur kerana Allah masih memberi jodoh dan peluang untuk perbaiki perkahwinan kami ini.


Menurut Raja Azmi atau lebih mesra disapa Kak Mie, majlis pernikahan mereka akan diadakan secara sederhana dan menumpukan pada perkara yang wajib sahaja. Pasangan ini bakal bernikah di Surau Taman Sering Ukay, Ukay Perdana, Ampang selepas waktu Isyak.



Kami bernikah secara sederhana sahaja, jadi tidak banyak persiapan yang perlu dilakukan. Baju pun, biasa-biasa sahaja yang akan disediakan oleh pereka fesyen Pogy dari KL Wedding Ministry. Jemputan tetamu pula saya hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja.

Yang penting persiapan kali ini saya lebih tumpukan pada jati diri dan kekuatan iman untuk bergelar isteri semula.



Soal jodoh ini tiada siapa boleh tahu, walaupun pernah bercerai sekali tetapi pasangan ini disatukan semula. Semoga perkahwinan Kak Mie dan Eddie kali ini berkekalan sehingga akhir hayat.

Sumber Berita : mStar Online


Sumber: Beautifulnara





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post