"Hanya Allah tentukan kita ke syurga atau neraka" – TMJ

"Hanya Allah tentukan kita ke syurga atau neraka" – TMJ

PETALING JAYA : Tunku Mahkota Johor (TMJ), Brigadier Jeneral Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyelar pengkritik yang membuat komen negatif cara isteri pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim bersalam dengannya.

"Hanya Allah tentukan kita ke syurga atau neraka" – TMJ
"Hanya Allah tentukan kita ke syurga atau neraka" – TMJ
TMJ berkata, apabila berkaitan agama, seseorang itu tidaklah semulia Rasul dan Allah S.W.T dan hanya Allah sahaja yang boleh menilai setiap individu dan bukannya sesama manusia.


“Hanya ALLAH s.w.t boleh membuat keputusan sama ada amalan kita diterima atau tidak. Hanya Allah yang boleh menilai sama ada kita ke syurga atau neraka. Kita hanya manusia dan oleh itu tidak perlu menghukum orang lain terutama perkara-perkara kecil.

“Islam adalah tentang kasih sayang dan menghormati antara satu sama lain, bukan tentang menghakimi orang lain terutama apabila ia melibatkan kebencian. Masalah sekarang adalah terlalu ramai yang cuba menjadi lebih bijak daripada al-Quran,” katanya menerusi Facebook rasmi Johor Southern Tigers.

Netizen mempertikaikan cara isteri Shafiq yang juga pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela bersalam dan mencium tangan TMJ ketika hadir merasmikan kafe milik pasangan itu di Johor Bahru, semalam.

Ada antara netizen membuat komen tidak wajar dengan menuduh Shafiq sebagai dayus kerana membiarkan isterinya bersalam dengan lelaki bukan muhrim.

TMJ berkata, walaupun dilahirkan untuk menjadi Raja, tetapi beliau hanya seorang manusia dan tidak mempunyai hak untuk mengadili sama ada Allah akan menerima amalan individu tersebut atau sebaliknya

“Melainkan anda merogol orang atau kanak-kanak, membunuh orang, mencuri atau merampas sesuatu dari mereka yang memerlukan,” katanya.

Pemilik kelab JDT itu berkata, sekurang-kurangnya beliau menjadi diri sendiri dan bukannya seorang hipokrit serta rakyat tahu siapa raja mereka sebenarnya.

“Saya tidak berlakon dengan memakai jubah tetapi ketagihan dadah dan saya bukan seorang kaki judi. Saya tidak mencuri daripada rakyat saya dan saya sentiasa bercakap benar.

“Saya berani untuk bersuara apa yang orang lain tidak berani lakukan kerana masing-masing mempunyai kepentingan peribadi mereka sendiri. Saya fikir ia adalah penting untuk menjadi diri sendiri dan setelus yang boleh dengan rakyat saya dan tidak bersikap hipokrit.

“Kerana saya sudah banyak kali mengatakan bahawa saya lebih rela dibenci kerana bersikap jujur dan menjadi diri sendiri daripada hidup disayangi dengan penuh kepalsuan dan hipokrit,” tegasnya.






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post