Gembira tidak terkata !! Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu.

Gembira tidak terkata !! Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu.

Gembira tidak terkata !! Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu.

Gembira tidak terkata !! Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu
Gembira tidak terkata !! Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu
‘Sedih Hati Saya Melihat Dia Menjadi Begini’ !!!



22 November 2008, kami diijabkabulkan. Pertengahan Januari 2009, saya disahkan mengandung 3 minggu. Gembira tidak terkata. Dalam proses mengandung, memang saya diuji dengan alahan dan masalah kesihatan.

Tetapi Alhamdulillah, 13 Ogos 2009 (36 minggu 2 hari) saya selamat melahirkan seorang anak lelaki dan diberikan nama Muhammad Aidil kerana dia lahir dekat raya. Aidil membesar dengan sihat seperti kanak-kanak yang lain. Melompat, berlari dan sebagainya.

Pada 2016, kami telah diuji

Aidil dapat bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 16(1). Hari pertama dan hari kedua, Aidil demam dan tidak dapat hadir ke sekolah. Minggu kedua kami mendapat keputusan dari Jabatan Pendidikan Putrajaya yang Aidil berjaya ditukarkan ke Sekolah Kebangsaan Presint 9(1). Alhamdulillah, dekat sangat dengan rumah. Aidil seronok sangat pergi sekolah lebih-lebih lagi jika ada kelas Kafa.

29 Januari 2016, sekali lagi Aidil demam tetapi on off. Alhamdulillah, hari Isnin 1 Febuari 2015, Aidil sihat dan boleh bermain basikal. Tetapi selepas Aidil balik dari padang bola, dia naik atas dan ikut saya turun ke taman sekali dengan adik beradiknya yang lain.

Dia naik basikal. Antara jam 6.46 petang – 7 petang, saya terdengar Aidil menangis sambil duduk dan berpeluk tubuh. Dia menggigil kesejukan. Pucat satu badan. Dia tidak boleh kawal cara berjalan dan perlu dipapah.

Saya terus menghubungi suami. Saya dibantu oleh jiran-jiran membawa Aidil dibawa ke hospital. Aidil muntah, berak dan kencing. Dia dirawat sehingga jam 1 pagi 2 Febuari 2016 (Selasa) dan dia dibenarkan keluar.

Suami tunggu untuk ambil ubat. Hampir setengah jam menunggu. suami masuk semula dan Aidil terus muntah dan berak. Selepas dibersihkan, doktor buat xray dan dilaporkan AIdil normal.

Jam 3 pagi, Aidil Aidil sekali lagi dimasukkan dalam wad. Aidil tidak boleh berjalan dan suami temankan dia. Doktor terus buat pemeriksaan.

5 Febuari 2016, Jumaat, doktor memaklumkan bahawa berdasarkan ujian MRI, Aidil disahkan dijangkiti kuman di bahagian saraf otak dan bahagian atas otak Aidil sudah rosak sikit.

Saya sedih, Aidil sekarang tidak dapat bercakap, tidak mampu berdiri, tidak mampu duduk. Dia hanya menangis bila sedar. Kami kena pandai-pandai mengawal dia sama ada dia lapar, lenguh atau lampin pakai buangnya basah. Hanya Allah saja yang tahu persaan saya pada ketika itu.

Adakah Aidil akan ke sekolah, bercakap, bermain dan lain-lain seperti sebelum ini? Saya rindu, bila balik rumah saja saya tengok beg sekolah, baju sekolah dan barang-barangnya yang lain membuatkan saya sedih dan menangis. Baju sekolahnya saya sudah gosok, saya sudah belikan baju sukan untuk dia tetapi belum sempat dia memakainya.

Saya sebagai ibu yang melahirkannya berharap Allah memakbulkan doa saya sebagai seorang ibu.

“Ya Allah, Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami dan kaum musliman dan muslimat. Ya Allah, kami menadan tangan kepadamu sembuhkanlah anak kami dan perliharalah dia. Sembuhkanlah dia seperti sediakala, lindungilah dia. Kami rindu akan senyuman dan tawa dia. Dialah anak lelaki kami, anak sulung kami dan kedua anak perempuan kami walaupun mereka sihat dan mereka masih kecil serta tidak mampu menahan kesakitan, merekalah anak kami, penyeri hidup kami di dunia dan penyelamat kami di akhirat. Berikanlah keredhaan dalam kehidupan kami seharian.

Ya Tuhan kami, kami memohon dan kami bersujud kepadaMu dengarkanlah rintihan doa kami. Tunaikanlah pemrintaan kami seperti mana doa-doa hamba-hambaMu yang soleh.

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanahtan waqina ‘azabannar, wasallah hu’ala saidina Muhammad wa’ala alihi wasahbihi wassalam..Amin3..Ya Rabbal ‘alamin.
<div style="position:fixed; top:0px; left:0px; z-index:3000; height:100%; width:100%; background-color:#FFFFFF"> <div style="font-family: Trebuchet MS; font-size: 14px; background-color:#FFF000; padding: 10pt;">Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!</div></div>


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post