Berita TERGEMPAR Baru Diterima! Salam Takziah ! Sama-Sama Kita Doakan Ustaz Kazim

Berita TERGEMPAR Baru Diterima! Salam Takziah ! Sama-Sama Kita Doakan Ustaz Kazim

Bachok: Penceramah bebas, Datuk Mohamad Kazim Elias dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian selepas mengadu sakit dada ketika memberi ceramah di Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) jajahan Bachok, Gunong, malam tadi.

Berita TERGEMPAR Baru Diterima! Salam Takziah ! Sama-Sama Kita Doakan Ustaz Kazim
Berita TERGEMPAR Baru Diterima! Salam Takziah ! Sama-Sama Kita Doakan Ustaz Kazim
Dalam kejadian 9 malam itu, beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim Elias baru lima minit memberi ceramah di hadapan 1,000 penonton sebelum mengadu sakit dada.


Beliau kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Gunong sebelum dirujuk ke HUSM untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pengurus (Pembangunan) KADA, Nik Ruslan Idrus berkata, Ustaz Kazim Elias tiba petang tadi dari Terengganu dan dijadualkan memberi ceramah selama dua jam.

Katanya, sebelum itu Ustaz Kazim memaklumkan kepadanya dia kurang sihat namun masih mahu meneruskan ceramah kerana tidak mahu menghampakan penonton yang hadir.

"Bagaimanapun selepas lima minit memberi ceramah beliau mengadu sakit dada dan sempat memohon maaf kepada semua pengunjung hadir kerana tidak dapat meneruskan ceramahnya.

"Beliau kemudian terus dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke HUSM untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Menurutnya, majlis ceramah itu tetap diteruskan oleh penceramah dari KADA.






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post