Adik Farhan tak sempat jamah "ayam gunting" MAUT dilanggar kereta vios dipandu warga Thailand

Adik Farhan tak sempat jamah "ayam gunting" MAUT dilanggar kereta vios dipandu warga Thailand

Kemalangan meragut nyawa Muhammad Aqif Farhan.

Adik Farhan tak sempat jamah "ayam gunting" MAUT dilanggar kereta vios dipandu warga Thailand
Adik Farhan tak sempat jamah "ayam gunting" MAUT dilanggar kereta vios dipandu warga Thailand
Seorang budak lelaki maut manakala adiknya parah selepas motosikal ditunggangi bapa mereka kemalangan dengan sebuah kereta di Kilometer 8.5 Jalan Tumpat-Pengkalan Kubor dekat Kampung Telaga Lanas, petang kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, Muhammad Aqif Farhan Muhamad Shamsani, 7, pembonceng maut semasa mendapatkan rawatan di Hospital Tumpat. Adiknya, Alieysha Mysara, 5, koma akibat cedera parah di kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Bapa mereka, Shamsani Muhamad, 31, pekerja pelantar minyak cedera di kepala, patah paha dan betis kini dirawat di HUSM, Kubang Kerian.

Ibu saudara dua beradik itu, Normala Muhammad, 42, berkata, ketika kejadian, mereka tiga beranak ke kedai untuk membeli ayam goreng.

“Arwah yang beria-ia nak makan ayam gunting (ayam goreng), mereka tiga beranak naik motosikal ke kedai di seberang jalan hanya kira-kira 300 meter saja dari rumahnya di Kampung Ketil,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, motosikal ditunggangi Shamsani terlibat nahas.

Menurutnya, mereka sekeluarga reda dengan pemergian Muhammad Aqif Farhan kerana ALLAH lebih menyayanginya.

“Sebelum itu (pada hari kejadian), arwah meragam bila ayahnya tak mahu pergi beli ayam gunting tu. Setelah berkali-kali minta dibawa ke kedai itu, ayahnya turutkan juga… arwah membonceng di belakang, manakala adiknya duduk di hadapan,” katanya.

Jenazah murid SK Pengkalan Kubor 1 itu dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ketil kira-kira jam 1 pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Zaharudin Rasip mengesahkan kejadian tersebut.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta Toyota Vios dipandu wanita warganegara Thailand dalam perjalanan menghala ke Kota Bharu dan motosikal ditunggang seorang lelaki bersama dua anaknya dari arah bertentangan.

“Tiba di lokasi kejadian, kereta terbabit masuk ke laluan bertentangan. Disebabkan jarak terlalu dekat, berlaku perlanggaran walaupun kereta terbabit cuba mengelak,” katanya sambil memberitahu pemandu kereta tidak cedera.



Sumber: Sinar Harian






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post