Tujuh lelaki Vietnam ditahan berbogel sedang urut pelanggan lelaki warga tempatan
Tujuh lelaki Vietnam ditahan berbogel sedang urut pelanggan lelaki warga tempatan |
Penolong Pengarah JIPP Abdul Rahman Hassan berkata, pihaknya menyerbu premis berkenaan pada 4.25 petang semalam dan menahan tujuh lelaki warga asing berusia 20 hingga 33 tahun.
“Ketika serbuan terdapat pekerja dan enam pelangan lelaki di pusat urut berkenaan.
“Pemeriksaan di premis itu mendapati tujuh lelaki Vietnam sedang melayan pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan. Ketika serbuan semua mereka dalam keadaan bogel,” katanya di sini hari ini.
Katanya, semua tujuh lelaki Vietnam itu ditahan kerana didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dan bekerja tanpa permit sementara enam lelaki tempatan berusia 30 hingga 50 tahun diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Sumber : Metro
Post a Comment