Kerajaan tidak berhasrat menamatkan khidmat kakitangan kontrak dalam perkhidmatan pada Disember tahun ini seperti didakwa dalam laporan disiarkan sebuah portal berita.
TERKINI!! Kerajaan Nafi Tamatkan Khidmat Kakitangan Kontrak – KSN Tan Sri Dr Ali Hamsa |
“Berita itu adalah kenyataan palsu dan fitnah daripada individu yang tidak bertanggung jawab dan tidak berautoriti,” katanya.
Sebelum ini, sebuah portal berita menyiarkan dakwaan kononnya kakitangan awam berstatus kontrak tidak akan disambung perkhidmatan dan akan ditamatkan sepenuhnya pada Disember 2016.
Berita berkenaan yang memetik sumber seorang kakitangan awam yang mendakwa mendapat maklumat itu daripada satu mesyuarat yang dihadiri.
BBOnline
Post a Comment