TERKINI Isu Breastfeeding : Wanita Ini Mengambil Tindakan Yang Mengejutkan Selepas Membuat Report Polis

TERKINI Isu Breastfeeding : Wanita Ini Mengambil Tindakan Yang Mengejutkan Selepas Membuat Report Polis

Kuala Lumpur: "Mana saya nak letak muka. Keselamatan saya sekeluarga terutama anak-anak yang masih kecil terancam.

TERKINI Isu Breastfeeding : Wanita Ini Mengambil Tindakan Yang Mengejutkan Selepas Membuat Report Polis
TERKINI Isu Breastfeeding : Wanita Ini Mengambil Tindakan Yang Mengejutkan Selepas Membuat Report Polis
"Perbuatan tidak bermoral daripada pihak tertentu yang menyebarkan gambar itu juga mengundang persepsi dan komen negatif, kecaman, tohmahan, serta fitnah daripada orang ramai".



Itu luahan wanita berusia 28 tahun yang mendakwa pengendali akaun Facebook (FB) milik pihak tertentu menyebarkan dua gambarnya menyusukan anak lelakinya di FB sehingga menjadi viral, sejak Ahad lalu.

Kakitangan swasta yang mempunyai tiga anak itu berkata, dia kesal dengan tindakan dilakukan pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan beberapa gambarnya daripada FB tanpa kebenarannya.

"Beberapa laman FB lain turut berkongsi dan menyebarkan gambar itu.

"Ada yang memuat naik gambar berkenaan beserta status menghina saya dan suami serta turut menyalahgunakan gambar peribadi saya untuk membina laman 'Fanpages' palsu," katanya ketika dihubungi Harian Metro, petang tadi.

Katanya, dia sudah menutup akaun FBnya berikutan tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

"Saya tidak akan berdiam diri dengan apa yang dilakukan pihak tertentu itu.

"Saya memuat naik gambar berkenaan kerana saya juga ahli kumpulan FB menggunakan nama The Breastfeeding Advocates Network yang turut diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Saya tidak sangka perkara buruk seperti ini akan berlaku," katanya.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Shafien Mamat, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada wanita itu.

"Pengadu sudah memberi keterangan mengenai jenayah siber ini dan kes akan dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) kerana terdapat eleman kesalahan mengikut Seksyen 211/233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Sementara itu, jurucakap SKMM ketika dihubungi menyiasat laporan yang dibuat wanita itu.

"kita akan menyemak laporan berkenaan dan akan mengambil tindakan sewajarnya kepada mana-mana pihak yang didapati bersalah," katanya.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post