Tauke stesen minyak runsing harga minyak dunia turun boleh buat mereka gulung tikar

Tauke stesen minyak runsing harga minyak dunia turun boleh buat mereka gulung tikar

TAUKE STESEN MINYAK RUNSING HARGA MINYAK DUNIA TURUN BOLEH BUAT MEREKA GULUNG TIKAR

Tauke stesen minyak runsing harga minyak dunia turun boleh buat mereka gulung tikar
Tauke stesen minyak runsing harga minyak dunia turun boleh buat mereka gulung tikar
Para pengusaha stesen minyak di seluruh negara melahirkan kerisauan bahawa perniagaan mereka boleh ‘gulung tikar’ jika trend harga minyak mentah dunia terus merundum dengan yang terkini pada paras AS$30 (RM132.7) setong.


Tinjauan Kosmo! Ahad di stesen minyak di beberapa negeri mendapati, rata-rata pengusaha menerima kesan ekoran kejatuhan harga minyak mentah dunia itu dengan margin keuntungan semakin mengecil bahkan ada yang mengalami kerugian antara RM10,000 hingga RM24,000 sebulan.


Seorang pengusaha stesen minyak di Bandar Permaisuri, Samsul Bahrin Saim, 45, berkata, masalah yang dihadapi pengusaha setsen minyak ialah membeli bekalan bahan api itu dengan harga tinggi, namun gagal menjual dengan harga sama apabila berlaku kejatuhan harga produk tersebut.

“Kerugian yang saya alami bergantung kepada jumlah stok minyak dalam tangki apabila ia dibeli pada harga mahal tetapi tidak sempat dijual ketika har­ganya telah jatuh.

“Saya terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM10,000 hingga RM15,000 sebulan tetapi ada juga pengusaha lain yang mengalami kerugian sehingga RM24,000 sebulan. Perkara ini boleh menyebabkan kami gulung tikar sekiranya harga minyak terus jatuh,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Sumber : Kosmo






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post