"Tak Pernah Dibuat Orang Permintaan macam Puteri Gunung Ledang"

"Tak Pernah Dibuat Orang Permintaan macam Puteri Gunung Ledang"

"Tak Pernah Dibuat Orang Permintaan macam Puteri Gunung Ledang"

"Tak Pernah Dibuat Orang Permintaan macam Puteri Gunung Ledang"

"Tak Pernah Dibuat Orang Permintaan macam Puteri Gunung Ledang"

“Duduk Di Bangku Simpanan, Tak Pernah Dibuat Orang”





Aku mencari penaja agama Allah
SEMUA MILIK ALLAH

Bukan dengki pada orang kaya tapi yang tak betul kita tegur
BEZA MELAYU DGN BANGSA LAIN BILA KAYA

Bila kita menulis dari sudut ‘menunjuk’ dan ‘membahayakan diri sendiri’ ramailah Melayu pemuja orang-orang kaya mempertahankan Datuk Vida. Mudah jawab mereka, ‘dia pun banyak sedekah, duit dia, jangan dengki dan bla bla bla…..?????’

Kita tegur dari sudut yang berbeza mereka jawab dari sudut sedekahnya dan kejayaannya. Ingat Islam dan adat orang Melayu tidak mengajar umat atau bangsanya menunjuk-nunjuk.

Isu terbaru Datuk Vida nak duduk dekat kerusi pemain. Jujur saya beritahu ini permintaan seperti ‘Puteri Gunung Ledang’. Tak pernah di buat orang penaja nak duduk sekali. Inilah akibatnya bila tiada yang mahu menasihatnya. Bagi orang Melayu, orang kaya mereka sempurna ( maksum ), tidak boleh ditegur.

Kita bangga dengan kejayaan beliau tetapi tidak semesti apa yang dilakukannya betul. Macam sembang-sembang kedai kopi tadi kata seorang lelaki separuh abad,” Hari ini Datuk Vida sudah mengamuk. Dia nak main dengan orang politik. Rasanya Tan Sri tu lagi kaya dari Datuk tapi dia bijak, buat apa melabur dengan pasukan bola, balik melabur beli aset sana sini.”

So pesan saya kepada Datuk kalau nak bantu pasukan negeri, bantulah dengan seikhlas hati. Jangan sampai 35 syarat. Itu bukan nak tolong tapi nak mendera. Maaf saya tak pernah kaya, jadi maaflah jika saya menegur. Begitu juga jangan terOver kerana ‘tiada milik kita’ semuanya milik Allah.

Saya sedang mencari penaja agama Allah seperti dilakukan Abu Bakar As Sidiq, Uthman b Affan, Thalhah Ubadillah, Abdul Rahman b Auf dan banyak lagi. Mereka infakkan begitu banyak harta untuk bantu agama Allah. Semua itu untuk ku tuliskan sebagai motivasi kepada mereka yang mahu kaya atau sudah kaya.




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post