SUBHANALLAH ! Ibu Koma Sejurus Selepas Melahirkan Anaknya. Bukti Pengorbanan Seorang Ibu

SUBHANALLAH ! Ibu Koma Sejurus Selepas Melahirkan Anaknya. Bukti Pengorbanan Seorang Ibu

BERA - Seorang ibu langsung tidak berkesempatan mengenali dan melihat proses pembesaran anaknya apabila koma sejurus selepas melahirkan anaknya itu.

SUBHANALLAH ! Ibu Koma Sejurus Selepas Melahirkan Anaknya. Bukti Pengorbanan Seorang Ibu
SUBHANALLAH ! Ibu Koma Sejurus Selepas Melahirkan Anaknya. Bukti Pengorbanan Seorang Ibu
Selepas sebulan koma dan berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Kuala Lumpur, Siti Fatimah Mohamad, 28, kembali sedar namun tubuh badannya tidak memberikan sebarang tindak balas positif, malah mengalami kekejangan saraf otot.



Ibunya, Rohana Shahbudin, 53, berkata, selepas sedar Siti Fatimah hanya mampu terlantar.

"Siapa yang tak sedih, cucu makcik dah umur setahun, keadaan anak makcik macam tu lah sampai sekarang.

"Lagi sedih bila tengok cucu cium pipi maknya, sambil panggil 'mama'. Apa yang boleh anak makcik buat...dia hanya mampu mengalir air mata,” ceritanya yang menguruskan Siti Fatimah setiap hari.

“Makcik pastikan dia sentiasa bersih, bagi susu guna saluran tiub pada perut kena ikut masa yang betul. Alhamdulillah, dia tak banyak ragam.

“Bila suami dia balik, dia pula yang ambil alih semua kerja-kerja tu. Kalau dua minggu dia cuti, selama itulah dia yang jaga Siti Fatimah,” katanya.

Semasa kunjungan Sinar Harian di rumahnya semalam, menantunya itu sedang bekerja di salah sebuah syarikat di Shah Alam, Selangor manakala cucunya berada di rumah besannya di Chenor, Pahang.

Kos perbelanjaan bulanan cecah RM1,000

Rohana memberitahu, kos perbelanjaan bulanan mencecah lebih RM1,000 termasuk untuk membeli lampin pakai buang, susu dan ubat tambahan (suplemen) bagi membantu melembutkan urat saraf Siti Fatimah.

Dalam tempoh sebulan, kira-kira RM700 diperuntukkan hanya untuk membeli susu jenama Ensure, dan RM600 untuk pembelian ubat tambahan itu.

Katanya, sejak mengamalkan pengambilan ubat tambahan itu, tangan Siti Fatimah sudah boleh digerakkan dan dibengkokkan, malah ada masanya dia cuba mengangkat kepala untuk bangun dan senyum.

“Makcik gembira lihat perubahan itu, malah berharap dia cepat sembuh. Doktor ada beritahu, dia boleh pulih seperti biasa tapi akan ambil masa sebab semua itu bergantung kepada banyak faktor termasuk semangatnya untuk pulih.

“Walaupun tindak balas tak banyak, tapi makcik tahu dia selalu bersedih mungkin mengenangkan keadaan yang menimpa dirinya,” kata Rohana.

Menurut Rohana, anaknya itu tidak perlu ke hospital untuk rawatan susulan berikutan pihak hospital telah memasang saluran tiub di bahagian perut dan leher.

"Tapi jururawat dari klinik kesihatan berdekatan ada datang buat rawatan susulan. Kadang-kadang jururawat tolong mandikan dia, ringan sikit beban makcik.

"Makcik sebenarnya nak sangat ada doktor datang rumah tengok keadaan Siti Fatimah, supaya makcik tahu perkembangan dia macam mana,” katanya.

Setakat ini, Siti Fatimah menerima bantuan kewangan secara bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ramai yang prihatin

Timbalan Ketua Puteri Umno Cawangan Felda Kumai, Shalina Panimin berkata, keadaan Siti Fatimah sering mendapat perhatian masyarakat mahu pun wakil rakyat yang turut menziarahinya.

“Saya harap dia cepat sembuh supaya boleh bersama suami dan anaknya. Kita hanya bantu setakat yang mampu, dan sekiranya ada yang sudi ringankan beban yang ditanggung Siti Fatimah dan makcik Rohana, kita sememangnya mengalu-alukan apa saja jenis bantuan,” katanya.





BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post