"Stadium & Jersi Pink, Korang Kena Faham Datuk Vida Ini Usahawan"

"Stadium & Jersi Pink, Korang Kena Faham Datuk Vida Ini Usahawan"

Kau kena faham, Datuk Vida itu usahawan yang kerjanya berniaga. Perkara yang paling penting dalam perniagaan ini adalah marketing. Marketing ini bermakna, mahu memperkenalkan produk dia kepada orang lain.

"Stadium & Jersi Pink, Korang Kena Faham Datuk Vida Ini Usahawan"
"Stadium & Jersi Pink, Korang Kena Faham Datuk Vida Ini Usahawan"
Bila orang sudah kenal, maka ramailah orang membeli produk dia. Inilah ciri-ciri usahawan.


Berbeza dengan doktor atau peguam, usahawan ini wajib ada marketing kerana orang ada pilihan sama ada mahu membeli atau tidak produk yang dia jual. Kalau nak beli pun, belum tentu orang nak beli daripada dia.

Pernah dengar klinik taja pasukan bola sepak? Pernah dengar firma guaman taja bola sepak? Pernah dengar syarikat arkitek taja bola sepak? Kenapa diorang tak taja?

Sebab mereka profesional. Mereka buat marketing atau tidak, orang sakit tetap akan pergi ke klinik. Orang yang ada masalah perundangan tetap pergi ke firma guaman. Orang yang nak mereka bentuk bangunan tetap akan pergi ke syarikat arkitek.

Tetapi orang nak cantik, tak adanya terus nak pergi beli produk Qu Puteh. Sebab ada ramai orang nak cantik, jadi dia buat cara tersendiri untuk cantik.

Haih, malas nak cakap panjang. Sebenarnya tujuan Datuk Vida meletakkan syarat letak nama Qu Puteh pada pasukan bola sepak Kelantan dan meminta stadium Kelantan diwarnakan dengan warna merah jambu itu semua adalah gimik marketing. Itu semua teknik pemasaran untuk orang kenal produk dia.

Itu saja sebenarnya, gimik pemasaran. Nanti, kalau dah ramai yang bantah, dia tukarlah balik syarat dia itu. Ada tak dia rugi selepas dia membatalkan syarat itu? Sikit pun tidak, malah dia lagi untung sebab free-free saja jaja nama produk dia disebabkan syarat yang dia mahukan itu.

Jadi, ingatlah semua, ini semua taktik marketing. Perkara-perkara seperti ini memang aku respek pada dia. Marketing yang dia buat tahap gaban, usahawan lain boleh analisa dan mencontohi cara marketing yang dia buat ini.

Kita takkan kenal Puteri Gunung Ledang kalau dia tak letak syarat pelik pada Sultan Melaka. Entah-entah Puteri Gunung Ledang pun sebenarnya tokey syarikat kosmetik di Johor dulu. Dia buat syarat pelik pada Sultan Melaka itu pun sebab marketing agaknya.

Sekadar membebel di tengah hari ini. - Muhammad Farid Wajdi Hanif | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM
Cedok dari : http://kakipingje.blogspot.com/




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post