[SERANGAN BOM DI STARBUCKS, JAKARTA] 5 pengganas, 2 Orang Awam TERBUNUH, 5 Polis, 1 Rakyat Asing, 4 Rakyat Indonesia CEDERA
[SERANGAN BOM DI STARBUCKS, JAKARTA] 5 pengganas, 2 Orang Awam TERBUNUH, 5 Polis, 1 Rakyat Asing, 4 Rakyat Indonesia CEDERA |
“Lima pengganas mati. Orang awam yang mati ialah seorang rakyat Belanda dan seorang rakyat Indonesia,” katanya kepada media di tempat kejadian
AFP melaporkan, polis Indonesia mengesahkan kejadian serangan bom dan tembak menembak antara pasukan keselamatan dengan pengganas berhampiran pusat beli-belas Sarinah, Jalan Thamarin itu sudah berakhir sebentar tadi.
Jurucakap polis Jakarta, Kolonel Muhammad Iqbal, berkata: “Kami percaya tiada lagi penyerang di kawasan ini, Polis sudah menguasai keadaan dan kawasan.”
Menurutnya, lima anggota polis, seorang rakyat asing dan empat rakyat Indonesia cedera dalam kejadian itu.
Polis tidak menyatakan bagaimana lima pengganas itu mati namun mengesahkan sudah menemui tiga mayat penyerang.
AP melaporkan, polis percaya dua daripada penyerang meletupkan diri mereka dalam serangan itu namun ia belum dapat disahkan.
Agensi berita itu melaporkan, seorang saksi berkata dia melihat lima penyerang dengan tiga daripadanya dipercayai menyebabkan letupan dalam Starbucks.
Saksi itu berkata, tiga penyerang memasuki Starbucks manakala dua lagi memasuki pos polis berhampiran.
Selepas letupan pertama, pertempuran antara penyerang dengan pasukan anti pengganas polis berlangsung selama kira-kira satu jam setengah dan dua jam kemudian, satu lagi letupan berlaku berhampiran Starbucks, 25 minit selepas polis memasuki kafe berkenaan. Tidak dapat dipastikan sama ada ia letupan bom tangan atau bom kawalan jauh. - Agensi
Post a Comment