Sayu!Punca Sebenar !Nasib Seniman Amran Tompel DiBuang Keluarga Dan Masyarakat
Sayu!Punca Sebenar !Nasib Seniman Amran Tompel DiBuang Keluarga Dan Masyarakat |
Dia yang kini uzur mendakwa sehingga kini masih belum ada wakil persatuan artis seperti Persatuan Seniman Malaysia yang datang menjenguk atau bertanya khabar tentang kesihatannya.
Menurut Amran, setakat ini, hanya Presiden Yayasan Artis 1Malaysia, Datuk DJ Dave dan pelawak, Abon sahaja yang ada melawatnya, sekali gus mengubat sedikit rasa terkilan di hatinya.
“Keluarga sudah beritahu kepada pihak Seniman tentang keadaan saya. Mereka sudah tahu pun tapi tiada sorang pun wakil yang datang jenguk atau tanya khabar. Saya tahulah, saya hanya pelakon kecil sahaja.
“Tapi apa salah saya? Saya memang berkecil hati,” kata anak kepada pelawak veteran AR Tompel itu.
Lebih menyedihkan, katanya, pelawak AR Badul yang merupakan abang kandungnya sendiri juga masih belum datang menziarahinya di rumahnya di Taman Matahari Height, Senawang, di sini, walaupun sudah dihubungi.
“Paling saya sedih apabila keluarga, saudara mara dan kawan-kawan yang jauh sudi datang tengok saya, tapi Badul dan Seniman tidak datang.
“Saya dah telefon beritahu dia yang saya sakit. Tak silap saya ketika itu dia di Port Dickson. Kata nak datang, tapi sampai sekarang tak datang sedangkan kami adik beradik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.
Menceritakan keadaan kesihatannya kini, Amran berkata, dia bergantung sepenuhnya kepada anak-anak disebabkan fizikalnya tidak lagi kuat selain sebelah matanya yang sudah kabur.
Malah, dia juga sudah hilang punca pendapatan selepas jatuh sakit kerana tidak lagi dapat berniaga seperti selalu dan kurang mendapat tawaran berlakon.
“Dulu saya berniaga kecil-kecilan. Tapi sekarang ini saya tak boleh bangun, semua anggota badan lemah selepas saya diserang strok akhir Disember lalu.
“Macam mana saya nak cari duit sekarang, selalu saja sakit. Sebab itu saya sangat berterima kasih kepada semua yang datang ziarah saya dan hulurkan sumbangan termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam yang juga perlu membantu saya sebelum ini,” katanya.
Sementara itu, nasib Amran itu mendapat perhatian Pas Rembau dan Adun Paroi, Mohd Ghazali Wahid.
Yang Dipertua Pas Rembau, Mohamad Hassan Tamby berkata, dia mengenali Amran sejak pelakon itu datang bertemunya meminta bantuan beberapa tahun lalu.
"Ketika itu keadaan kesihatan dia memang sudah tak berapa baik dan dah kurang dapat tawaran berlakon. Jadi kita cuba bantu setakat yang boleh, misalnya menyelesaikan tunggakan sewa rumah, bantu berniaga dan lain-lain,” katanya.
Difahamkan, Amran pernah mendapat bantuan Baitulmal dan kini sedang menunggu kad orang kurang upaya (OKU) untuknya siap.
Post a Comment