"Saya Pelik Isu Produk Bahaya Ini Timbul 2 Hari Sebelum AJL, Macam Ada Sesuatu" - Vida

"Saya Pelik Isu Produk Bahaya Ini Timbul 2 Hari Sebelum AJL, Macam Ada Sesuatu" - Vida

"Saya Pelik Isu Produk Bahaya Ini Timbul 2 Hari Sebelum AJL, Macam Ada Sesuatu" - Vida

"Saya Pelik Isu Produk Bahaya Ini Timbul 2 Hari Sebelum AJL, Macam Ada Sesuatu" - Vida
"Saya Pelik Isu Produk Bahaya Ini Timbul 2 Hari Sebelum AJL, Macam Ada Sesuatu" - Vida
PETALING JAYA: "Saya berserah kepada Allah. Saya anggap ini sebagai ujian dan setiap kejadian pasti ada hikmah dan nikmatnya."


Demikian tegas pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ketika mengulas mengenai isu produk keluaran syarikatnya, Qu Puteh Whitening Pro 9 yang diarahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ditarik balik selepas dikesan mengandungi merkuri.

Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau akur dengan arahan KKM yang mahu produk tersebut ditarik balik dalam tempoh 72 jam.

Jelas beliau, syarikatnya Vida Beauty Sdn Bhd telah mengeluarkan notis kepada semua stokis di seluruh negara supaya menghentikan penjualan produk tersebut.

"Saya akur dengan arahan KKM dan sudah keluarkan surat kepada semua stokis bagi memaklumkan mengenai isu ini. Saya minta mereka tidak teruskan penjualan produk tersebut berkuatkuasa serta merta," katanya kepada mStar Online.

Ketika ditanya sama ada wujud cubaan untuk mensabotaj produk beliau, Vida bagaimanapun enggan cepat melatah dan menegaskan pihaknya akan meneliti perkara tersebut.

"Saya tenang menghadapi ujian ini. Syarikat akan meneliti dan menyiasat bagaimana isu ini boleh timbul sekarang," katanya.

Vida berkata beliau sedia memberi kerjasama dengan KKM untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap produk tersebut.

"Saya akan beri kerjasama dengan KKM agar masalah berkaitan produk tersebut dapat diatasi dengan segera," katanya.

Usahawan kosmetik terkemuka itu turut hairan mengapa isu tersebut timbul menjelang kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL) yang menyaksikan beliau sebagai penaja utama.

"Saya pelik juga kenapa isu ini timbul dua hari sebelum AJL kerana produk saya tiada sebarang masalah sebelum ini.

"Macam ada sesuatu di sebaliknya memandangkan sejak kebelakangan ini wajah saya sering masuk TV dan keluar di dada akhbar," katanya.

Pada masa sama, Vida menyatakan rasa kesal dengan masalah yang timbul tetapi memberi jaminan produk kecantikan dan kesihatan yang lain seperi Pamoga, Millenia dan Qu Puteh Advance Set selamat digunakan.

"Syarikat tidak panik dan yakin berada di pihak yang benar. Kami amat mementingkan kualiti produk dan mahu membantu pengguna yang ingin kekal sihat dan cantik bersama produk keluaran kami," katanya.

Walaupun fikirannya sedikit terganggu disebabkan isu ini, Vida berkata ia tidak akan menjejaskan penajaannya terhadap pasukan bola sepak Kelantan dan beberapa program lain termasuk Mentor Millenia.

"Walaupun isu itu memberi kesan dari segi penjualan komitmen saya terhadap AJL, Mentor Millenia dan The Red Warriors (TRW) masih kekal 100 peratus.Jumlah penajaan tidak akan dikurangkan," katanya.

Usahawan kelahiran Machang itu turut menyatakan rasa terharu diatas doa dan sokongan orang ramai yang berharap agar terus tabah menghadapi ujian ini.

"Sayang semua, setiap yang berlaku atas keizinan-Nya. Maka yang berlaku atas kehendak-Nya. Dia yang mengetahui. Saya akan berusaha mengatasi masalah ini, " katanya.

Terdahulu, KKM mengarahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 keluaran syarikat Vida Beauty Sdn Bhd dihentikan jualannya serta-merta kerana mengandungi racun berjadual merkuri pada paras tinggi.

Pada masa sama, syarikat itu diberi tempoh 72 jam untuk menarik balik stok mereka di pasaran dan diminta memberi penjelasan berhubung kewujudan bahan terlarang tersebut dalam produk berkenaan.

Sumber: beritapremium


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post