Setelah sekian lama menutup mulut mengenai isu keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai, Nora Danish hari ini tampil memberikan penjelasan kepada wartawan Utusan untuk mempertahankan nama baik beliau.
Rumah tangga Fasha, Jejai: “Saya jadi mangsa keadaan. Tidak sepatutnya Saya Dilibatkan.” - Nora Danish |
Tidak menolak dia menjadi mangsa terbaru fitnah tersebut, Nora mengakui agak terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai punca dalam kemelut masalah rumah tangga pelakon itu dan Jejai ketika ini.
“Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula.
“Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya,” katanya.
Selebihnya, selebriti itu enggan mengulas lanjut memandangkan dia juga telah dinasihatkan oleh peguamnya untuk tidak terlalu terbuka dalam memberi komen mengenai isu tersebut.
Jelas Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd. Hanif, 34, sehingga hari ini dia sudah dinasihatkan peguamnya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
“Selanjutnya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja.
“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,” katanya yang menolak akan menyaman mana-mana pihak.
Sementara itu, pergolakan rumah tangga Fasha terus hangat diperkatakan apabila sebuah portal hiburan baru-baru ini menerbitkan kisah tersebut, seolah-olah mengesahkan berlakunya sesuatu yang tidak elok dalam rumah tangga mereka.
Sumber yang dipetik oleh artikel berkenaan memberitahu, Nora dan s
Post a Comment