Sekumpulan doktor dan jururarawat di salah sebuah hospital di Mumbai India terkejut dan terkesima apabila jasad seorang lelaki yang hendak dibedah siasat, tiba-tiba kembali bernafas.
Pelik Tapi Benar!! Sekumpulan Doktor Lari Lintang Pukang Terkejut Apabila Mayat Yang Dibedah Hidup Semula? |
Dikenali sebagai Prakash ditemui oleh pihak polis dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat jangkitan kuman dalam badan.
Insiden mengejutkan itu berlaku ketika bedah siasat baru sahaja hendak dimulakan oleh petugas hospital yang terlibat.
Sejurus petugas perubatan sedar akan situasi itu, lelaki tersebut segera dikejarkan ke unit rawatan rapi.
Bagaimanapun, Prakash tidak dapat bertahan akibat komplikasi jangkitan yang dialaminya dan akhirnya telah benar-benar disahkan meninggal dunia.
Pada masa sama, pihak polis dan doktor saling menuding jari kerana tidak mahu menanggung kesilapan diagnosis ketika kali pertama jasad lelaki itu dibawa ke hospital.
Seorang doktor kanan di Hospital Lokmanya Tilak yang enggan namanya didedahkan, memaklumkan bahawa punca kematian hanya dapat diketahui selepas proses bedah siasat.
Di Mumbai, pihak polis sering kali berdepan dengan kes mayat yang tidak dituntut manakala pihak media sering melaporkan mengenai rumah mayat yang sesak sehingga tiada tempat untuk meletakkan mayat.
Post a Comment