KLANG: Kanak-kanak kerdil, C James, 7, antara seorang daripada 91,509 murid Tahun Satu yang mendaftar pada sesi persekolahan 2016, di Selangor bermula semalam.
Pelajar kerdil bersemangat hadir sesi persekolahan |
Kakaknya, Jennifer, 9, turut mempunyai masalah sama, malah lebih rendah daripada adiknya dan turut bersekolah di sekolah sama.
Kedua adik-beradik itu mengikuti pengajian aliran Projek Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah berkenaan.
Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Taman Klang Jaya, Siti Wan Noor Abdul Rashid, berkata James dan Jennifer tidak mendatangkan masalah kepada pihak sekolah, malah mereka sudah biasa dengan persekitaran di situ berikutan mengikuti kelas prasekolah sejak berusia enam tahun lagi.
“Hanya saiz mereka saja yang kerdil tetapi dari segi pembelajaran, tetap sama dengan orang lain, malah Jennifer mempunyai tahap kecerdasan IQ yang baik.
“Rakan sekelas amat menyayangi mereka, malah rakan yang berbadan lebih besar akan mendukung mereka untuk pergi ke padang atau ke tempat lain jika mereka tidak berupaya,” katanya ketika ditemui di sini.
Siti Wan Noor berkata, guru juga terpaksa menyediakan bahan pembelajaran berskala kecil untuk dua beradik istimewa itu berbanding pelajar lain.
“Jika kelas lukisan, kita perlu sediakan kertas lukisan bersaiz separuh daripada saiz sebenar kerana ia terlalu terlalu besar untuk mereka,” katanya.
Terdahulu, adik-beradik kerdil itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pendidikan, P Kamalanathan dan Pengarah Pendidikan Selangor, Zainuren Mohd Nor, yang membuat lawatan ke sekolah itu pagi tadi.
Post a Comment