Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Kami Umum Untuk Berkahwin
Nora Danish: Jangan Terkejut Jika Kami Umum Untuk Berkahwin |
“Saya dengan Nedim telah bercinta selama tiga tahun, satu tempoh lama dan ia sebuah hubungan yang cukup manis. Kami berpisah bukan untuk mencari pengganti, itu sahaja yang boleh saya katakan. Sudah dua bulan lebih saya solo sebelum kembali bertemu Nedim di Bali”
“Memang, ada yang mencuba nasib untuk berkenalan dengan saya, tetapi saya tidak terbuka hati untuk lelaki lain. Apabila bertemu semula dengan Nedim di Bali barulah saya tahu, hati saya hanya untuk dia”
“Saya dengan dia sudah sepakat untuk kekal bersahabat baik dan jika hubungan kami menuju ke pintu perkahwinan, kami tidak menolak. Tambahan pula, punca permasalahan yang menjadi faktor perpisahan sementara kami baru-baru ini sudah hampir selesai,” jelas Nora.
Selain itu, Nora juga kini cuba mengurangkan aktiviti memuat naik gambar peribadi kerana tidak mahu ia disalah anggap sambil memberi bayangan – jangan terkejut tiba-tiba saya terus umumkan untuk berkahwin dengan Nedim – katanya sambil tertawa. Okay, jangan lupa jemput kami sekali. (rtky/s)
Post a Comment