NGERI ! Padah Bermain Di Pondok Lama, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kaki Pelajar Ini

NGERI ! Padah Bermain Di Pondok Lama, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kaki Pelajar Ini

Beaufort, 29 Jan: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua dari Sekolah Menengah Kebangsaan Beaufort 1 patah kaki apabila dia dihempap dinding konkrit ketika bermain di sebuah pondok lama di sekolah tersebut pagi tadi.

NGERI ! Padah Bermain Di Pondok Lama, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kaki Pelajar Ini
NGERI ! Padah Bermain Di Pondok Lama, Lihat Apa Yang Berlaku Pada Kaki Pelajar Ini
Mangsa, Mohd Riduan Fotri Ramli dibawa ke Hospital Beaufort menggunakan ambulans untuk dirawat dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi tadi.


Laporan dari Harian Metro menyebut, mangsa bersama tiga rakannya bermain di pondok itu yang sudah tidak digunakan kerana tidak berbumbung.

Ketika mereka menolak-nolak dinding tersebut, pengawal keselamatan yang melihat perbuatan mereka menegur kerana bahaya.

Bagaimanapun, dinding konkrit itu tiba-tiba runtuh lalu menghempap kaki mangsa.

Menurut Pengarah Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip, dinding konkrit tersebut dialihkan oleh guru dan beberapa pelajar yang dimaklumkan mengenai kejadian.

"Mangsa yang patah kaki kanan kemudian dibawa ke Hospital Beaufort untuk rawatan lanjut," katanya sebagaimana memetik laporan itu.






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post