Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini berkata Datuk Seri Najib Razak mengembalikan semula sebahagian wang RM2.6 bilion yang diterimanya kepada keluarga diraja Arab Saudi.
![]() |
Najib pulangkan sebahagian besar dana RM2.6 bilion - Peguam Negara Tan Sri Mohamed |
"Wang sejumlah RM2.03 bilion telah dikembalikan semula oleh perdana menteri kepada keluarga diraja Arab Saudi kerana dana tersebut tidak diguna pakai.
"Berdasarkan keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, saya berpuas hari bahawa tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung dana RM2.08 bilion tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Peguam Negara di Putrajaya hari ini.
- Malaysiakini
Post a Comment