Mendedahkan Kekayaan Yang Dimilikinya - Pengasas QU PUTEH Dapat Nasihat POLIS
Mendedahkan Kekayaan Yang Dimilikinya - Pengasas QU PUTEH Dapat Nasihat POLIS |
Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd dan lebih mesra dipanggil Datuk Seri Vida mengakui perkara itu selepas menyertai rancangan yang dikendalikan oleh pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.
Menerusi sedutan video di sebuah laman portal, Hasmiza yang di temubual oleh wartawan memberitahu, polis ada berkunjung ke rumahnya dan memberikan nasihat.
“Saya kongsi di dalam Instagram untuk mempertingkatkan keselamatan saya.
“Alhamdullilah, mereka pun sedar dan terpanggil untuk bersama saya dan sedikit sebanyak menasihati apa yang perlu saya lakukan.
“Doakanlah keselamatan saya, kesejahteraan saya dan anak agar sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan jauhkah mereka yang tidak baik itu,” katanya.
Mengulas mengenai rancangan berkenaan, Hasmiza berkata, tidak terniat langsung dalam hatinya untuk menunjuk-nunjuk atau bersikap riak dengan kemewahan yang dimilik.
Sebaliknya, beliau hanya sekadar mahu berkongsi kepada penonton berkenaan kejayaan yang dikecapi selama ini selain menjadikannya sebagai perangsang untk membakar semangat.
“Itu pun saya tak tunjuk benda-benda lain lagi yang sangat soul buat saya. Mana yang boleh dijadikan bahan jelah,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, sebuah rakaman petikan daripada rancangan terbitan stesen televisyen berbayar Astro yang dihoskan oleh Aznil menjadi viral di media sosial.
Antara mereka yang mengisi rancangan berkenaan adalah jutawan muda iaitu Pengasas produk kecantikan D’Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman dan Erni Dekritawati Yuliana Buhari atau Rita anak kepada jutawan kosmetik Allahyarham Datuk Sosilawati Lawiya.
Post a Comment