Kaki Aisyah Dah Tak Ada Macam mana Nak Jalan

Kaki Aisyah Dah Tak Ada Macam mana Nak Jalan

Kaki Aisyah Dah Tak Ada Macam mana Nak Jalan|Kaki Aisyah Dah tak ada Macam mana anak saya nak jalan,Pemandu lori dan kereta Kancil seperti mahu membunuh anak saya, mereka langsung tidak bertanggungjawab selepas langgar anak saya.

Kaki Aisyah Dah Tak Ada Macam mana Nak Jalan
Kaki Aisyah Dah Tak Ada Macam mana Nak Jalan
Demikian luah bapa tiri kepada Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kakinya selepas digilis sebuah lori di Parit 16 Sungai Panjang di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, turut mengalami kecederaan ialah kakak tiri mangsa, Shamim Amira Roslan, 14, yang terseliuh kaki kanan dan kiri.

Roslan Sardi, 40, yang masih lagi terkejut dengan kejadian menimpa anaknya itu mahu pihak berkuasa segera mengesan kedua-dua pemandu terbabit.

“Pemandu lori dan kereta Kancil perlu terima hukuman setimpal dan bertanggungjawab ke atas nasib anak saya sehingga dia kehilangan kedua-dua belah kakinya.

Luluh hati saya apabila melihat anak tiri saya (Siti Nuraisyah) duduk di tengah jalan dalam keadaan kedua-dua belah kakinya terputus manakala kakaknya (Shamin Amira) masih trauma,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa, yang dihubungi, berkata pemandu lori berkenaan sudah membuat laporan polis pada pukul 12.45 tengah malam tadi manakala seorang surirumah yang juga pemandu kereta yang terbabit dalam kejadian itu membuat laporan polis pukul 1.30 pagi ini.

Beliau berkata, kedua-duanya tidak ditahan reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, lapor Kosmo.



Maklumat Pada pembaca bagi siapa yang ingin membantu adik Siti Nuraisyah Sahrin dibawah adalah butiran butiran ibu bapa mangsa.

Diharap kita sama2 berganding bahu meringankan beban mereka sekeluarga..disini saya sertakan no acc bank ibu kepada adik nuraisyah sendiri.

MAYBANK
MAIMUNAH BINTI MD RAZALLI
162049990205 (ibu)


Rujukan 0178848099 (bapa)







BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post