“Jangan Kaitkan Saya Dengan Adam Lagi, Saya Serik!” - Fiza Elite

“Jangan Kaitkan Saya Dengan Adam Lagi, Saya Serik!” - Fiza Elite

Penceraian buat kali kedua buat Fiza Elite dan juga Adam AF baru-baru ini merupakan jalan terbaik malah dalam masa yang sama, Fiza menjelaskan dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan Adam.

“Jangan Kaitkan Saya Dengan Adam Lagi, Saya Serik!” - Fiza Elite
“Jangan Kaitkan Saya Dengan Adam Lagi, Saya Serik!” - Fiza Elite
“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik! Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia”


“Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga. Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia”

“Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,” jelas Fiza kepada Utusan Malaysia. Dalam pada itu, Fiza berharap agar kemunculannya semula di bidang seni akan membawa rezeki yang lebih baik.

Pasangan berkenaan mendirikan rumah tangga pada 26 September 2013 dan bercerai kali pertama pada 28 April 2014 selepas hanya tujuh bulan mendirikan rumah tangga. Adam telah menceraikan Fiza buat kali kedua pada 21 September lalu. (rtky/s)






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post