Isteri salleh yaakob tinggal tiga??? Saya doakan dia bahagia dengan pasangan baru

Isteri salleh yaakob tinggal tiga??? Saya doakan dia bahagia dengan pasangan baru

Isteri salleh yaakob tinggal tiga??? Saya doakan dia bahagia dengan pasangan baru

Isteri salleh yaakob tinggal tiga??? Saya doakan dia bahagia dengan pasangan baru
Isteri salleh yaakob tinggal tiga??? Saya doakan dia bahagia dengan pasangan baru
Pelawak dan pelakon popular Salih Yaacob, 55, yang sudah berpisah dengan isteri keduanya Nor Raha Hamad, 47, selepas Aidilfitri tahun lalu menganggap ia adalah ketentuan daripada Allah SWT.


“Sebagai suami dan ketua rumah tangga saya sudah berusaha memperbaiki keadaan. Saya memujuk dan mengingatkannya yang anak sudah besar dan dia sepatutnya menunjukkan contoh serta teladan yang baik kepada mereka.

“Namun dia tetap mendesak saya untuk menceraikannya dengan menggunakan alasan saya tidak berlaku adil terhadapnya,” katanya kepada RAP.

Salih berkata, masalah rumah tangga mereka bermula sebelum penggambaran rakaman program Romantika yang dibuat di Melaka pada 2014.

Menurut Salih, masalah mula timbul apabila Nor Raha pergi majlis perjumpaan semula dengan rakan sekolahnya.

Ditanya mengenai punca perceraian mereka, Salih tidak menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Menurut Salih, selepas habis edah, bekas isterinya bernikah dengan lelaki lain.

“Saya sudah menasihatinya, tetapi dia enggan terima dan terus mendesak saya melepaskannya. Lebih baik saya turutkan saja kemahuannya daripada keadaan menjadi semakin buruk.

“Kalau hatinya sudah tertutup untuk saya, tidak perlulah dipaksa-paksa lagi. Apabila perkara ini terjadi, saya anggap hanya setakat itu jodoh kami. Tidak perlulah terus menyalahkan antara satu sama lain. Saya harap dia bahagia dengan jalan baru yang dipilihnya dan apa yang penting anak-anak dapat menerima apa yang berlaku,” katanya.

Salih dan bekas isterinya itu menjalani kehidupan berumah tangga selama 23 tahun. Mereka dikurniakan lima anak berusia 22 hingga 13 tahun dan seorang cucu.

Tiga lagi isterinya iaitu Norlizah Mamat, 51, Norfara Wahida Sulaiman, 37, dan Samihah Syeikh Ali, 29, masih kekal bersamanya.

Daripada keempat-empat perkahwinannya, Salih dikurniakan 13 anak.

-Metro


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post