Ikat Perut, Usus Koyak – Lelaki Ini Balas Kritikan Netizen Yang Tuduh Pelajar Boros & Kuat Joli!
Ikat Perut, Usus Koyak – Lelaki Ini Balas Kritikan Netizen Yang Tuduh Pelajar Boros & Kuat Joli! |
Lebih teruk, perbuatan tersebut membahayakan diri mereka sehingga usus tercedera. Rentetan daripada kisah mahasiswa ini, pelbagai respon dilontarkan netizen.
Seorang mahasiswa tampil membincangkan dengan lebih lanjut permasalahan ini yang dianggap semakin serius jika tidak ditangani segera.
Yang dilihat hanya sebahagian kecil mahasiswa yang datang dari keluarga berkemampuan
Ada sesetengah pihak pandang sebelah mata isu mahasiswa tak makan. Ada yang menilai dengan sebelah mata sahaja, kemudian membuat indikator sendiri taraf kemampuan mahasiswa hanya berdasarkan mata kasar seperti; jenama telefon pintar, ramai yang makan KFC, ada yang pergi tengok wayang, boleh langgan data plan dan sebagainya. Seolah mahasiswa lapar itu hanya retorik bukan realiti.Kita tengok sikit figur yang ada, jumlah enrolmen pelajar di IPT seluruh Malaysia sekitar 1,156,293 orang (*data 2013, tahun 2014-2015 saya tak jumpa). Maknanya mahasiswa ada hampir 1.15 juta seluruh negara.Katakanlah, yang tuan-tuan, puan-puan nampak mahasiswa berjoli sana sini tu kita rangkum sekitar 150,000 orang. Itu baru 12.97%, lagi 87.03% nak campak mana? Nak hukum 87% tu suka berjoli juga?Asyik nampak mahasiswa/i pergi dating, makan seol garden dan shopping mewah? Tak pernah nampak yang tak berkemampuan ni? Memanglah, yang 87% ni berkurung kat bilik, ikat perut, makan maggi. Orang awam tak nampak benda ni.Misalnya, peminjam PTPTN secara puratanya mempunyai wang saku (hasil pinjaman) sebanyak RM250 sebulan. Ada yang berkata mahasiswa ini boros, tidak pandai mengurus wang dan suka berjoli. Saya rasa itu adalah fitnah terbesar masyarakat terhadap mahasiswa. Yang dilihatnya sebahagian kecil mahasiswa yang datang daripada keluarga berkemampuan lalu tempias terkena kepada mahasiswa sederhana dan miskin.
Jangan hukum kami
Secara ringasnya, perbelanjaan mahasiswa begini (berdasarkan mahasiswa marhein macam saya yang datang daripada keluarga sederhana);Makan 2 kali sehari, tengahari dan malam (RM10x30hari= RM300). Belanja fotokopi sekitar RM10 sebulan. Topup (RM5x4 minngu= RM20). Perbelanjaan pengangkutan dan pergerakan RM30 (bas, teksi, etc). Barangan keperluan RM50. Semuanya berjumlah sekitar RM410.Masih defisit RM160. Bila defisit, yang macam ni lah lahirnya mahasiswa pengsan tak makan, gastrik, koyak usus dan sebagainya.(Sesetengah orang, RM160 tu sikit, bagi kami nilainya besar. Terima kasih.)Jangan pandang remeh pada orang lain yang tak mampu, jangan ingat kita semua ada kemampuan yang sama. Jangan hukum kami yang miskin kalau ternampak mahasiswa yang kaya berbelanja. Bertimbang rasalah.Sepatutnya kita tak bergelut dengan isu rakyat lapar ni. Selayaknya negara yang ber-GST dan bakal ber-TPPA ini menjadi negara zon bebas lapar.
Dalam pada itu, usaha murni yang dilakukan oleh badan NGO, Food for Mahasiswa (FFM) dalam mengedarkan makanan percuma kepada mahasiswa yang kesempitan wang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) wajar diberi pujian.
Bagaimanapun mereka memerlukan dana yang berterusan bagi memastikan program ini dapat diteruskan sekaligus membantu mereka yang dalam kesempitan.
Sumber: Hafiz Hafifi, Food for Mahasiswa
Post a Comment