"Hentilah FITNAH Ni Kesian Kat Mak..." - Luah Anak Pemandu Perodua Kancil

"Hentilah FITNAH Ni Kesian Kat Mak..." - Luah Anak Pemandu Perodua Kancil

SUNGAI PANJANG - Anak kepada pemandu kereta Perodua Kancil yang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan seorang pelajar 13 tahun putus kedua-dua belah kakinya memohon agar orang ramai berhenti memfitnah mereka.

"Hentilah FITNAH Ni Kesian Kat Mak..." - Luah Anak Pemandu Perodua Kancil
"Hentilah FITNAH Ni Kesian Kat Mak..." - Luah Anak Pemandu Perodua Kancil
“Tolonglah jangan tuduh kami macam-macam. Hentikanlah fitnah ni! Kesian kat mak. Kami tak ada ayah, mana lagi, kami nak tumpang kasih, kalau mak pun tak ada,”Mia (bukan nama sebenar), 24, yang merupakan anak sulung pemandu kereta kancil itu.


Mia membuat luahan perasaan sedihnya apabila ibunya dikecam di media sosial selepas wanita berusia 40 tahun terlibat dalam nahas terbabit.

Menurut Mia, anak pertama dari enam beradik, kejadian telah menyebabkan kesan mendalam terhadap mereka sekeluarga apabila ibunya dicemuh dengan kata-kata mengguris perasaan.

“Buat masa sekarang, tak payahlah tuduh sesiapa. Tunggu hingga siasatan selesai baru nak hentam siapa betul, siapa salah. Hormatilah perasaan kami sekeluarga. Adik-adik saya masih kecil lagi, tak tahu apa pun yang berlaku,” katanya.

Difahamkan juga, ibu Mia menggalas tanggungjawab besar kerana terpaksa menyara keluarga selepas bapa Mia meninggal pada 14 tahun lalu.

“Selama ini, maklah yang didik dan sekolahkan kami dengan baik tanpa ayah. Dia besarkan kami dengan kudrat tulang empat kerat. Bila dah jadi macam ni, takkan nak diam diri, biarkan ibu seorang,” katanya.

Menurutnya lagi, kemalangan itu berlaku ketika ibunya dalam perjalanan ke rumah selepas mengambil pelajar di sebuah sekolah disini. - SUMBER






BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post