"Ecah kena cuci kaki, Ecah nak pakai kaki palsu kan. Jadi Ecah sabar ye"..

"Ecah kena cuci kaki, Ecah nak pakai kaki palsu kan. Jadi Ecah sabar ye"..

Kaki Ecah sakit...pedih...antara dialog pertama Adik Nuraisyah ketika kami menyapa beliau. Adik Nuraisyah yang mesra dipanggil Ecah mengesat segera air matanya agar kami tidak melihat kesedihan beliau.

"Ecah kena cuci kaki, Ecah nak pakai kaki palsu kan. Jadi Ecah sabar ye"..
"Ecah kena cuci kaki, Ecah nak pakai kaki palsu kan. Jadi Ecah sabar ye"..
Wajahnya bersahaja dan kelihatan begitu tenang. Kami yang melihat pula merasa sebak dengan semangat Ecah.


Ecah tidak banyak bercakap, mungkin masih trauma dan menahan sakit yang dirasai. Kami hanya mengambil sekejap masa menziarahi adik Ecah, kerana ramai agensi lain yang juga menunggu giliran untuk melihat Adik Ecah.

Berbisik dengan abang long Ecah, "Ecah baru menangis, itupun sebab kakinya dicuci. Abang Long cakap dengan Ecah..."Ecah kena cuci kaki, Ecah nak pakai kaki palsu kan. Jadi Ecah sabar ye."

Abang Long Ecah juga berharap kita terus mendoakan Ecah kuat... Ecah boleh menerima kenyataan lebih-lebih lagi apabila Ecah keluar hospital nanti.
Kami hulurkan wang zakat sebanyak RM500 untuk keperluan semasa Ecah di samping sedikit hamper barangan kesihatan. Bantuan berbentuk kerusi roda dan kaki palsu juga akan disalurkan bergantung kepada keperluan Ecah. Kami bergerak pulang...Abang Long menyapa Ecah..."senyum sikit ye Ecah...".
Mudah-mudahan Adik Ecah terus tabah dan bersemangat dan bersamalah kita mendoakan Adik Ecah ini.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Kerja Sosial Perubatan Klang, Kebajikan dan Sosial HTAR, Pegawai MAIS HTAR, dan kakitangan hospital yang melancarkan kami dalam urusan ziarah hari ini, 20 Januari. Ziarah dari Lembaga Zakat Selangor diketuai oleh, Pengurus Daerah Klang, Saiful Anuar Abdullah Salleh.

FB_IMG_1453278736963.jpg

FB_IMG_1453278743119.jpg


FB_IMG_1453278749905.jpg

FB_IMG_1453278753460.jpg


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post