PETALING JAYA : Wajarkah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menanggung segala masalah disebabkan perlombongan bauksit di negeri itu yang menimbulkan pencemaran alam sekitar yang teruk?
[BUKAN SEMUA BOLEH DIDEDAHKAN] Isu bauksit: Awang Selamat kata TANGAN MB PAHANG, ADNAN TERIKAT |
Ini kerana, menurut kolumnis itu, secara realitinya ramai tahu pihak mana yang berkepentingan dalam perlombongan bauksit tersebut.
Awang Selamat berkata, sebagai Menteri Besar, Adnan terpaksa memikul beban berat di bahunya dengan keterbatasan yang dihadapi untuk bertindak.
“Tangannya agak terikat. Bukan semua perkara boleh didedahkan kerana tahap sensitiviti yang terlalu tinggi. Inilah dugaan sebagai pemimpin di negeri itu.
“Apa pun, Awang yakin, Adnan mam
pu menanganinya. Beliau nampak bersungguh-sungguh dan tentu mahu mendahulukan kepentingan rakyat, biar apa pun cabaran dan kompleksiti isu tersebut,” katanya
Kolumnis itu mendesak kerajaan menghentikan terus perlombongan bauksit bukannya menghentikan sementara selama tiga bulan.
Katanya, peraturan baharu yang lebih ketat belum tentu dapat selesaikan semua masalah.
“Pokoknya, aktiviti perlombongan dan pergerakan lori tetap berlaku di kawasan terbuka dan awam. Tentu ada cara dan formula perlombongan boleh dihentikan terus.
” Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Awang percaya akhirnya semua pihak Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan pihak istana akan meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi segala-galanya.
“Cukuplah, jangan biar rakyat meluat dan melara,” tulisnya. - FMT
via CELAH GELEGAR
Post a Comment