"Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti" - Emak Pelajar Jordan

"Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti" - Emak Pelajar Jordan

"Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti" - Emak Pelajar Jordan

"Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti" - Emak Pelajar Jordan

"Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti" - Emak Pelajar Jordan

Kuala Lumpur: "Arwah tidur di atas riba saya dan peluk saya. Dia manja semacam ketika pulang bercuti Julai tahun lalu.



"Saya juga akan merindui suaranya mengaji. Suaranya yang nyaring dan lantang akan sentiasa terngiang-ngiang di ingatan."

Itu luahan Rapidah Mat Rani, 47, ibu kepada penuntut Universiti Mu’tah, Jordan, Fatin Iqmal Idziyani Che Aziz, 21, yang maut dalam kemalangan di Safawi, tidak jauh dari bandar Mafraq di utara Amman, Jordan, semalam.

Kali terakhir dia menemui anak sulungnya itu ialah pada September tahun lalu ketika menghantar arwah untuk pulang ke Jordan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketika itu, dia tidak sedar mengenai perubahan anaknya, tetapi apabila mendapat berita mengenai kematian, semua kenangan selama 21 tahun bersama kembali diingatannya.


"Sebelum dia pulang pada Julai, dia ada meminta saya memasakkan makanan kegemarannya seperti ayam masak merah. Saya tunaikan ketika dia pulang, cuma saya tidak dapat penuhi permintaannya yang mahukan kek coklat.

"Ketika menuruni tangga di KLIA, kebiasaannya dia akan melambai saya dan adik-adiknya. Bagaimanapun, pada waktu itu, dia terus berjalan tanpa menoleh ke belakang," katanya yang ditemui di rumahnya di Flat Seri Selangor, Jalan San Peng, di sini, petang tadi.

Rapidah menyifatkan, anaknya yang menuntut dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Fiqh Wa Usuluhu di Universiti Mu'tah, Jordan itu seorang yang bersungguh-sungguh untuk memastikan apa yang dimahukan tercapai.

Katanya, anaknya juga suka membantu rakannya yang susah dan tidak cukup wang ketika pengajian, walaupun dia sendiri sebenarnya tidak mempunyai tajaan untuk melanjutkan pengajian di sana.

Menurut Rapidah, buat masa ini dia sekeluarga tidak bercadang untuk ke Jordan atas faktor kewangan, selain anak-anaknya yang lain tiada penjaga.



Dia akan memantau perkembangan mengenai proses penghantaran jenazah anaknya melalui wakil pelajar dan pihak Universiti Mu'tah di sana.

Kali terakhir dia berhubung dengan arwah pada Jumaat lepas, melalui aplikasi WhatsApp untuk memberitahu keputusan cemerlang diperoleh adiknya dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

"Kalau boleh kami sekeluarga tidak mahu bedah siasat dilakukan kerana biarlah saya terima jasad anak saya dalam keadaan sempurna untuk dikebumikan di Lenggong, Perak.

"Apapun saya reda dengan ketentuan Allah SWT dan saya mendoakan agar dia menjadi penghuni syurga,"katanya yang menerima berita kematian anaknya pada 6.30 petang semalam.

Dia turut meminta bapa kandung arwah yang kali terakhir berhubung 15 tahun lalu, Che Aziz Che Mahmood, 50-an, agar menghubunginya jika mahu melihat wajah anak perempuannya itu buat kali terakhir.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 164043680646 (Rapidah Mat Rani).

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post