Ibu mana tidak terkejut apabila passport ada di tangan namun kedua-dua anaknya dilihat bercuti ke Thailand bersama suami pada awal Disember lalu.
Anak DILARIKAN Suami Ke Thailand, ZAHNITA WILSON Lapor Polis |
Menurut Harian Metro, Zahnita ketika ditemui pada sidang media di pejabat sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini berkata, difahamkan, anak-anak mengikut suami, Abd Zackery Ghouse Abd Gafoor ke Thailand pada 2 Disember lalu dan pulang selepas seminggu.
“Namun yang menjadi persoalan, bagaimana suami boleh diberikan pasport baru untuk anak sedangkan pasport lama mereka masih sah tempoh sehingga Mei 2019 dan berada dalam simpanan saya?” soalnya yang kini dalam proses untuk bercerai dengan suaminya itu.
Semoga keselamatan anak-anak Zahnita terjamin dan segala perkara yang terjadi berakhir dengan penyelesaian yang positif. (SUMBER ROTIKAYA)
Cedok dari : http://kakipingje.blogspot.com/
Post a Comment