Masihkah anda mengingati majalah yang sangat popular sekitar 80-an dan 90-an dahulu iaitu majalah Humor Gila-Gila?
7 RAMALAN DARI MAJALAH HUMOR GILA-GILA TAHUN 1993, KINI JADI KENYATAAN |
Long dan ramai lagi pelapis baru.
Majalah Gila-Gila terbitan CESB (Creative Enterpise Sdn. Bhd.) suatu ketika dahulu menjadi majalah humor Malaysia yang pertama mendapat rating jualan tertinggi melalui sumber maklumat ABC (Audit Berreau Circulation). Penulis sendiri antara pembaca tegar majalah ini, tak kering gusi dibuatnya membaca lawak-lawak yang mengambarkan kehidupan sebenar rakyat Malaysia. Pendek kata majalah Humor Gila-Gila menjadi trend-setter kepada penerbitan majalah humor daripada syarikat-syarikat penerbitan lain.
Apa yang menarik perhatian penulis mengenai satu gambar yang dikongsikan di facebook fanpage Oh!Media. Gambar itu memaparkan petikan ramalan dalam majalah Humor Gila-Gila pada tahun 1993 yang kini semuanya hampir menjadi kenyataan dalam kehidupan kita. Sudah macam cerita Back To The Future pula.
7 Ramalan Dari Majalah Humor Gila-Gila tahun 1993, Kini Jadi Kenyataan2
Ini adalah antara 7 ramalan dari majalah Humor Gila-Gila pada tahun 1993, lihatlah bertapa "kedepan" pemikiran mereka. Apa yang mungkin kita tidak terfikir pada masa itu telah pun bermain didalam minda mereka.
1. Kalau tak ada aral melintang...rokok daun akan kembali popular sebab orang dah tak mampu beli rokok sigeret lagi.
2. Kalau tak ada aral melintang...orang gaji alias pembantu rumah merupakan salah satu profesion yg paling tinggi pendapatannya.
3. Kalau tak ada aral melintang...Budak2 ke sekolah tak bawa buku langsung sebaliknya pakat bawa komputer laptop
4. Kalau xde aral melintang...penumpang tak payah telefon teksi, sebaliknya orang teksilah terpaksa menelefon ke sana ke mari untuk cari penumpang
5. Kalau tak ada aral melintang...penoreh getah, pesawah dan petani semuanya pakai handphone
6. Kalau tak ada aral melintang...siaran televisyen kita semuanya berjalan 24jam dan setiap selang seminit akan muncullah iklan
7. Kalau tak ada aral melintang...orang pakat gila buka kedai 24jam. Bukan setakat kedai makan dan kedai runcit, tetapi juga kedai pomen dan kedai perabot
Penulis sangat tertarik ramalan nombor satu itu, tidak mustahil akan berlaku suatu masa nanti jika harga rokok cecah hingga puluhan Ringgit. Jom ramalkan apa lagi akan terjadi dimasa hadapan? Bukan nak meramal betul-betul, cuma suka-suka sahaja. Nyatakan.... - CARI Infonet.
Post a Comment