Ketika Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan beliau keguguran selepas hamil dua bulan, seluruh rakyat Malaysia juga merasa sangat sedih dengan berita tersebut.
"Walau Apa Yang Berlaku Saya Tetap Cintakan Siti Sampai Ke Jannah" - Datuk K |
Berbicara mengenai hal berkenaan, suami kepada Datuk Siti Nurhaliza iaitu Datuk Khalid atau mesra disapa Datuk K berkata isterinya seorang yang tabah apabila di duga dengan ujian yang amat besar ini.
Menurut Datuk K saat doktor mengesahkan beliau keguguran, raut wajah Siti Nurhaliza agak sedih namun beliau juga menerima berita tersebut dengan tenang apabila doktor memberitahu beliau masih mempunyai peluang untuk hamil lagi.
Mujurlah doktor yang kami jumpa seorang yang sangat profesional ketika memberitahu tentang berita keguguran tersebut. Doktor turut memberi kata-kata positif bahawa Siti masih lagi ada harapan untuk mengandung dengan mudah selepas ini. Dan perkara itu membuatkan dia tenang sedikit.
Apa pun kami menerima ujian ini dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.
Tidak menafikan mereka sememangnya ingin menimang cahaya mata selepas 9 tahun mendirikan rumah tangga, Datuk K bagaimanapun redha dengan ketentuan ilahi dan tetap cintakan isterinya itu walau apa pun terjadi.
Dia seorang yang sangat kuat. Benar kami mahukan anak. Tetapi walau apa yang berlaku saya tetap cintakan Siti.
Buat masa ini Siti Nurhaliza akan berpantang selama dua minggu sebelum terbang ke Jakarta atas urusan kerja.
Tidak dinafikan dugaan Allah SWT terhadap Datuk Siti Nurhaliza amat berat tetapi setiap yang berlaku ada alasannya tersendiri. Kami sokong dengan Datuk K yang tidak cepat melatah dan menyalahkan isterinya kerana keguguran tersebut. Siapa tahu selepas ini mungkin ada lagi rezeki mereka untuk menimang cahaya mata?
Sumber Berita: mStar Online
Post a Comment