Mui Thomas , 22 tahun, gadis Hong kong yang menghidap penyakit kulit iaitu “Harlein Ichthyosis “ yang menyebabkan kulit tumbuh sangat tebal dan bersisik.
Subhanallah! Pasti Anda Terkejut Apa Yg Berlaku Pada Gadis Ini Hingga Wajahnya Jadi Sangat HODOH ! |
Meskipun penampilannya yang cukup berbeza itu memberi impak yang negatif terhadap orang di sekelilingnya namun beliau tidak pernah mengganggap itu sebagai satu penghalang untuk meneruskan kehidupannya seperti manusia normal. Keyakinan tinggi serta jiwa yang kental dimiliknya menjadikan itu sebagai satu platform untuk memotivasikan dirinya agar meneruskan kehidupan seperti biasa.
Amui merupakan pesakit yang tertua di dunia menghidap penyakit kulit ini. Sebelum ini dikhabarkan seorang wanita British , iaitu Nusrit Shaheen , 31 tahun dipercayai pesakit paling lama terselamat daripada penyakit ini. Bayi yang dilahir dengan gangguan ini sering sahaja mati pada pada awal zaman kanak-kanak jika tidak didedahkan dengan rawatan yang bagus.
Menurut Mui lagi, ketika beliau berusia 13 tahun, Hui merupakan mangsa buli yang menyebabkan beliau ingin bertindak membunuh diri.
“Anda kehilangan keupayaan untuk mempercayai orang , jadi bagi saya, sekolah menengah adalah paling sukar buat saya” kata Mui.
Selepas banyak kes Mui dibuli, ibu bapanya menyedari bahawa sudah tiba masa untuk perkara ini diketengahkan dan dijadikan perhatian umum. Mereka sedar bahawa kebahagiaan anak perempuan mereka bukan semata-mata di tangan mereka.
Sejak menubuhkan laman Facebook dan mendapat publisiti yang lebih, Mui berkata ramai orang lebih menghargainya melalui teladan dan kisah hidupnya. Beliau juga merancang untuk menolong orang lain dengan menggunakan kisah hidupnya kepada orang ramai.
Pada awal tahun ini, Hong Kong Rugby Union memberikan beliau anugerah pengadil iaitu "inspirasi dalam mengatasi cabaran hidup dan kesusahan kisah”
Post a Comment