"Semoga Allah ampunkan mereka yang hina saya" – Shafie Apdal

"Semoga Allah ampunkan mereka yang hina saya" – Shafie Apdal

PETALING JAYA: Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mendoakan agar sesetengah pihak yang menghinanya ekoran insiden beliau jatuh ke dalam laut diampunkan dan diberikan hidayah Allah SWT.

"Semoga Allah ampunkan mereka yang hina saya" – Shafie Apdal
"Semoga Allah ampunkan mereka yang hina saya" – Shafie Apdal
“Ada juga kata-kata yang kurang enak didengar dan ada juga yang mentertawakan di laman-laman sosial, tetapi saya anggap itu perkara biasa, lumrah dalam politik.


“Saya doakan agar mereka ini diampunkan dosa dan diberikan hidayah oleh Allah SWT,” tulisnya di Facebook.

Shafie turut menyampaikan ucapan terima kasih beliau kepada pihak yang mendoakan keselamatannya sambil bertekad kejadian itu tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus melawat kawasan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan dan kesejahteraan saya apabila berita tentang saya terjatuh ke dalam laut apabila jeti yang kami lalui runtuh tersebar.

“Sehingga ke saat ini, saya masih akan terus melawat kampung-kampung terutama di kawasan Parlimen untuk terus mendengar, membantu dan menyelesaikan apa juga masalah yang dibangkitkan yang memerlukan perhatian serta tindakan segera,” ujarnya lagi.

Naib Presiden UMNO itu menjelaskan, struktur jeti yang tidak kukuh menjadi punca beliau terjatuh ke dalam laut kerana tidak mampu menampung ramai orang dalam satu masa.


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post