Respon BERANI MATI Farahdhiya Lepas Disindir Azian Ni Buat Ramai Peminat Terkejut ! Tak Sangka !

Respon BERANI MATI Farahdhiya Lepas Disindir Azian Ni Buat Ramai Peminat Terkejut ! Tak Sangka !

PENTAS separuh akhir program realiti Gegar Vaganza (GV2) pada Ahad lalu, menyaksikan penyanyi Azian Mazwan Sapuwan gagal melayakkan diri ke peringkat final.

Respon BERANI MATI Farahdhiya Lepas Disindir Azian Ni Buat Ramai Peminat Terkejut ! Tak Sangka !
Respon BERANI MATI Farahdhiya Lepas Disindir Azian Ni Buat Ramai Peminat Terkejut ! Tak Sangka !
Namun, dalam pada itu muncul komen-komen negatif menyifatkan Farahdhiya, 31, tidak layak berada di pentas akhir ekoran tahap vokalnya yang dikatakan tidak mengikut tema ‘Karok Tarikkk‘.



Lebih panas, Azian yang merupakan peserta terakhir GV2 tersingkir telah muat naik status di Instagram berbunyi: “Alhamdulillah dapat nyanyikan lagu Karok Tarikkk ‘Sedalam Mana Cintamu’… Bukan karok mendatar ye!!”.



Kata-kata itu sekali gus membuatkan ramai netizen beranggapan Azian kononnya sengaja mahu menyindir penyampaian nyanyian Farahdhiya dalam lagu Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu.

Mengulas perkara itu, Farahdhiya berkata, dia tidak mengambil pusing kritikan negatif orang terhadapnya kerana merasakan ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepadanya.

“Saya pada mulanya tak tahu pasal hal ini tetapi kebanyakan peminat dan rakan mesej saya bertanyakan apakah tulisan Azian itu sindir saya kerana vokal tak ikut tema ‘Karok Tarikkk?’

“Kalau ikutkan memang pada persembahan semi final itu saya menyanyi agak lowsebab ubah susunan muzik ikut keadaan kesihatan vokal pada ketika itu.

“Saya tak kisah apa orang nak cakap. Saya percaya rezeki itu di tangan Tuhan. Hal lain-lain yang negatif saya tak mahu fikir.

“Kalau betullah Kak Azian menyindir saya, saya cuma boleh cakap Alhamdulillah. Saya tak pernah nak layan semua ini sebab bagi saya tidak mendatangkan hasil.

“Kalau saya yang tersingkir pada semi final itu pun saya terima dengan hati terbuka. Tetapi sudah rezeki saya sampai ke pentas akhir GV. Kita kan ada juri yang membuat penilaian,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon dan penyanyi berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini berkata, dia tidak dapat meneka hati seseorang sama ada benar dia disindir atau sebaliknya.

“Sindir atau bukan, saya tak mahu ambil tahu. Komen negatif lain saya tak mahu layan sebab banyak kerja nak dilakukan… nak hafal lirik dan nak selesaikan shooting drama lagi… ini pun suara saya masih serak sebab batuk.

“Cuma saya nak cakaplah, jangan salahkan peminat atau pengguna laman sosial kalau kita yang timbulkan hal yang menjadi isu besar,” katanya kepada Mangga Online.

Peserta Gegar Vaganza 2.

Farahdhiya bakal menyampaikan lagu Janji Manismu (nyanyian asal Aishah) di pentas akhir GV Ahad ini yang disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor, bermula pukul 9 malam.



BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post