LELAKI berusia 42 tahun ini sememangnya layak digelar manusia berhati syaitan.
Rakam Aksi Anak Saudara Bogel, Paksa Lakukan Seks |
Ekoran takut dengan ugutan, dua remaja terbabit dikatakan mengikut sahaja arahan bapa saudaranya itu.
Mangsa kemudian dirogol beberapa kali di rumah nenek mereka yang terletak di Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh, Kota Bharu antara Ogos dan November lalu.
Difahamkan, suspek masuk ke dalam bilik mangsa ketika semua penghuni rumah lain sedang tidur.
Mangsa dua beradik tinggal bersama datuk dan nenek selepas kematian bapa, manakala ibu mereka berada di Pulau Pinang kerana bekerja. Rumah tersebut turut dihuni oleh suspek bersama isteri dan anaknya.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, perbuatan terkutuk suspek terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis.
Tambahnya, suspek ditahan penduduk kampung pada jam 1 pagi, pada Isnin, sebelum diserahkan kepada pihak polis.
“Sebelum ini, suspek sukar dikesan kerana kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi lain bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa.
“Suspek kini dikenakan perintah tahanan reman selama seminggu hingga 20 Disember depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Post a Comment