Polis paut tengkuk ayah hingga Pengsan, MPSP rampas segalanya sekelip mata
Polis paut tengkuk ayah hingga Pengsan, MPSP rampas segalanya sekelip mata |
Assalammualaikum
Terima kasih semua kerana sokong saya. Pada mulanya saya biasa je masa MPSP nak rampas barang. Saya pun tahu tugas depa. Sekarang ni depa dah pun dapat ambik barang niaga saya. Tapi biarlah berhati perut sikitjangan la terlalu zalim sangat.
Bapak saya niaga kat situ dah 7, 8 tahun. Tapak yang sedang berniaga tu pun kami mintak kebenaran dari pihak hotel. Tauke hotel tu izinkan kami berniaga depan premis dia.
Tapi dalam seminggu dua ini, 3 kali barang kena rampas. Tapi hari ni dah sampai tahap melampau sangat. Kenapalah saya yang sedang berniaga di tapak kaki hotel yang dibenarkan oleh tauke hotel tu sendiri tak boleh berniaga.
Kalau tengok sebelah kiri saya orang Cina berniaga kat atas jalan tak dirampas. Siap susun barang kat tapak parking lagi. Kenapa MPSP yang berani ambik barang ?. Kalau jalankan tugas biarlah adil. Saya ada daftar niaga. Saya dah mohon lesen penjaja. Tapi tau la..macam alasan untuk dapatkan lesen penjaja. Dari dulu lagi. Apabila lesen penjaja dibekukan buat sementara waktu, bila nak cair pun tak tau ladatang terus macam penyamun, tak cakap apa terus angkut.
Saya pun faham diorang kerja. Tapi kenapa perlu zalim sangat pada kami. Kalau tak boleh berniaga kat situ, bagitaulah tempat kat mana saya boleh berniaga. Tau dia cakap apa ??? Tak boleh hang tak boleh niaga !!!. Kenapa tak boleh pulak?. Habis tu saya nak beli beras kat rumah, MPSP boleh bagi duit ka ??? Kalau beras kat rumah saya tak ada MPSP boleh mai bagi ka ???
Kami susah tapi kami bukan orang yang merayu meminta rezeki dari orang ramai. Kami guna kederat untuk sara hidup kami. Apa mereka peduli ?. Tak apayang terjadi pada saya dan keluarga saya hari ni, saya tak mintak apa balasan. Walaubagaimanapun terima kasih semua. Doakanlah kesihatan orang tua saya sihat. Saya harapkan mak dan ayah sihat ja.
Semoga tercapai hajat mak dan ayah nak ke umrah 5/12/2015 ini nanti
MPSP Tidak Berperikemanusiaan :
Sumber: mewarnaimu9
Post a Comment