PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB
PNB Umum Dividen 7.25 Sen, 0.50 Sen Bonus Bagi ASB |
Pengerusi PNB Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata agihan pendapatan berkenaan akan melibatkan pembayaran sejumlah RM10.41 bilion, peningkatan sebanyak 4.3 peratus berbanding RM9.98 bilion yang dibayar tahun lepas.
Bagi bonus, beliau berkata ia melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM451.73 juta.
“Pembayaran berkenaan akan memberi manfaat 8.87 juta pemegang unit yang kini memiliki sejumlah 142.54 bilion unit ASB,” katanya pada sidang media selepas mengumumkan agihan dividen berkenaan di sini. – BERNAMA
Post a Comment