Pengendali Makanan GUNA KERTAS BERCETAK Bungkus Makanan Akan Berhadapan TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Pengendali Makanan GUNA KERTAS BERCETAK Bungkus Makanan Akan Berhadapan TINDAKAN UNDANG-UNDANG

KANGAR, 6 Dis: Kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang keatas mana-mana pengendali makanan yang menggunakan kertas bercetak untuk membungkus makanan bermula dari 1 Januari 2016.

Pengendali Makanan Guna Kertas Bercetak Bungkus Makanan Akan Berhadapan Tindakan Undang-Undang
Pengendali Makanan GUNA KERTAS BERCETAK Bungkus Makanan Akan Berhadapan TINDAKAN UNDANG-UNDANG
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Negeri, Jafperi Othman berkata kertas bercetak mengandungi bahan kimia berbahaya yang menjadi punca kanser berdasarkan kajian toksikologi.



"Karsinogenik pada bahagian dakwat boleh menjejaskan sistem penghadaman seseorang selain meningkatkan kandungan toksik dalam badan manusia," katanya memetik laporan Bernama.

Jafperi berkata demikian ketika mengedarkan kertas pembungkus makanan percuma sempena kempen Larangan Menggunakan Kertas Bercetak Sebagai Pembungkus Makanan kepada kira-kira 100 peniaga di Tapak Pasar Pagi Behor Lateh pada Ahad.

Jafperi turut menambah sekiranya mana-mana pengendali makanan masih berdegil, mereka akan dikenakan undang-undang dibawah Peraturan 36 (Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009).

"Peraturan itu dikenakan akibat kegagalan pengendali makanan mematuhi kehendak berhubung penyediaan, pembungkusan dan penghidangan makanan. Ia boleh membawa denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Sementara itu, Jafperi turut berkata kempen Larangan Menggunakan Kertas Bercetak Sebagai Pembungkus Makanan sudah bermula pada 19 Jun lepas bagi mendidik dan memberi kesedaran kepada pengusaha makanan serta orang ramai tentang bahaya penggunaan kertas bercetak untuk membungkus makanan.

"Antara lokasi yang dilawati setakat ini adalah di pasar malam Kuala Sanglang, Kaki Bukit, Abi, Arau, Kangar, pasar pagi Arau, Simpang Empat dan hari ini di Behor Lateh," katanya.- Siakapkeli.my




BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post