Bekas wartawan dan pengacara, Aziz Desa dilaporkan telah meninggal dunia pada pukul 10.50 pagi tadi di Hospital Langkawi.
Pengacara Aziz Desa meninggal dunia akibat masalah buah pinggang.. Al Fatihah |
Allahyarham yang juga bekas setiausaha akhbar kepada menteri besar Kedah dilapor mengalami masalah buah pinggang pada tahap serius dan sedang menjalani proses heamodialisis.
Allahyarham merupakan antara pengacara popular negara dan juga pernah memeriahkan program Malaysia Hari Ini (MHI) satu ketika dulu..
Segmen kelolaan beliau iaitu Jejak Kasih juga membuatkan Allahyarham dikenali ramai serta mempunyai ramai peminat di seluruh negara.
Apatah lagi dengan kepetahannya menyusun ayat serta berperwatakan selamba didalam mengendalikan program Siaran Langsung, nama Aziz Desa cukup gah dikalangan dunia pengacaraan ketika itu.
Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.. Al Fatihah buat Allahyarham Aziz Desa.. - Utaranews.com
Post a Comment