Setiap minggu penonton Gegar Vaganza 2 (GV2), pengacara Nabil Ahmad pasti akan mengusik salah seorang peserta wanita, Farahdhiya.
NABIL BONGKAR RAHSIA DIA DEDAHKAN KENAPA DIA SUKA USIK FARADHIYA MEMANG MENGEJUTKAN |
“Saya hanya menegur Farahdhiya ketika di pentas GV2 sahaja. Kalau di belakang pentas atau rehearsal kami hanya ‘hai-hai’ macam itu sahaja.
“Mungkin di atas pentas saya nampak miang macam nak mengorat Farahdhiya, tetapi itu sebenarnya hanya untuk menceriakan suasana di auditorium Majlis Bandaraya Shas Alam (MBSA) sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.
Tambah Nabil, isterinya Nazirah Ayub tidak pernah cemburu terhadap usikannya kepada Farahdhiya.
“Isteri saya tak pernah marah atau cemburu pun bila saya usik-usik Farahdhiya kerana dia tahu saya sedang bekerja.
“Tetapi ramai juga yang bertanya, betul ke saya dan isteri bergaduh seperti yang dinyatakan Jihan dalam konsert GV setiap minggu. Sebenarnya tidak. Semua yang diucapkan Jihan adalah sebahagian dari lawak-lawak kami supaya penonton tak bosan,”ujarnya.
Post a Comment