Muhyiddin kongsi mesej atas kertas tisu diterimanya

Muhyiddin kongsi mesej atas kertas tisu diterimanya

PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin berkongsi mesej yang ditulis penyokong beliau di atas sehelai kertas tisu yang diserahkan kepadanya.

Muhyiddin kongsi mesej atas kertas tisu diterimanya
Muhyiddin kongsi mesej atas kertas tisu diterimanya
Gambar mesej tersebut yang ditulis menggunakan tulisan tangan oleh individu bernama Amy Ho dimuat naik di laman Facebook beliau dan mendapat kira-kira 39,342 likes dalam tempoh lapan jam.



Mesej tersebut berbunyi:”Terima kasih kerana berdiri untuk kami semua apabila tiada siapa yang berani melakukannya. Kami semua menyokong anda dan berdoa agar perjuangan anda tidak sia-sia. Semoga Tuhan memberkati anda dan negara ini.”

Muhyiddin yang bakal berdepan tindakan disiplin kerana menentang presiden parti, melahirkan penghargaan kepada wanita tersebut kerana menyerahkan nota berkenaan.

“Mesej yang tulus ikhlas saya terima daripada seorang wanita di sebuah kafe pagi ini. Terima kasih,” kata Muhyiddin.

Posting tersebut turut mendapat komen positif di kalangan netizen.

Salah seorang pengguna Facebook, W. K. Chan menulis: “Ya Tan Sri, jangan takut kepada sesiapa melainkan Tuhan. Nama anda akan tertulis dalam sejarah Malaysia kerana menyelamatkan negara ini”.

Sean Duddley turut bersetuju dengan komen tersebut dan menyatakan sokongan padu terhadap Muhyiddin di atas kelantangannya dalam bersuara.

Roslan Rashid percaya majoriti rakyat Malaysia berada di belakang Muhyiddin.

“Berjuang untuk kami,” tulisnya.

Muhyiddin digugurkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada akhir Julai lalu kerana mengkritik bebanan hutang yang ditanggung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kebenaran hanya akan terbukti memandangkan pihak berkuasa berkaitan sedang menyiasat dakwaan terhadap 1MDB dan dana politik RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Buat masa ini tiada undang-undang di Malaysia yang memaksa parti politik dan pemimpinnya untuk mengisytiharkan derma politik.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Jorak, Datuk Dr Shahruddin Salleh berkata Muhyiddin bukan berniat untuk menjatuhkan perdana menteri atau memecah-belahkan parti.

“Saya boleh memberi jaminan bahawa Tan Sri bukan seorang yang berdendam. Beliau hanya bertanya soalan yang ditanya oleh orang ramai,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dr Shahruddin yang merupakan bekas setiausaha politik kepada Muhyiddin berkata soalan-soalan yang dibangkitkan tidak patut dilihat sebagai kritikan untuk mencetuskan masalah.

“Kita boleh menilai sentimen rakyat berdasarkan maklum balas di laman media sosial,” katanya.

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post