Mahu jadi usahawan berjaya? Ini tips Neelofa lepas jual RM50 juta tudung

Mahu jadi usahawan berjaya? Ini tips Neelofa lepas jual RM50 juta tudung

Baru berusia 26 tahun dan bergelar jutawan muda, pelakon Neelofa berkongsi tips untuk menjadi usahawan berjaya di usia belum mencecah 30-an.

Mahu jadi usahawan berjaya? Ini tips Neelofa lepas jual RM50 juta tudung
Mahu jadi usahawan berjaya? Ini tips Neelofa lepas jual RM50 juta tudung
Pengacara “Meletop” itu berkata, usia muda bukan halangan untuk mencipta sesuatu yang besar, yang penting fokus, kesungguhan dan kerja berpasukan.


“Mulakan dengan mimpi. Ya, bermimpilah!

“Kalau tiada mimpi, memang susah hendak memulakan sesuatu. Apa juga yang kita buat tanpa mimpi dan matlamat yang jelas, ia tidak akan menjadi sebab kita tiada fokus kepadanya,” kata Noor Neelofa Mohd Nor dipetik laporan Utusan Malaysia, hari ini.

Mahu jadi usahawan berjaya? Ini tips Neelofa lepas jual RM50 juta tudung

Media antarabangsa BBC baru-baru ini melaporkan, jenama tudung miliknya sekeluarga, Naelofar Hijab meraih jualan RM50 juta tahun 2015, dua kali ganda jumlah sasaran asal.

Mengenakan harga tidak melebihi RM100 setiap satu produk, Naelofar Hijab bukan sahaja memiliki 700 pengedar seluruh Malaysia, malah di Singapura, Brunei, London, Australia, Belanda, dan Amerika Syarikat, selain menguasai pasaran tudung di Internet.

Minggu lepas, Naelofar telah mengadakan jualan khas sempena perayaan Boxing Day, menarik ratusan peminat jenama itu ke ibu pejabatnya di Taman Tun Dr Ismail.

Sebagai inspirasi kepada orang muda, Neelofa berkata dirinya menggunakan laman sosial untuk menyampaikan ilmu perniagaan.

“Saya selalu berkongsi hal berkaitan bisnes di Facebook, Twitter dan Instagram dan ia mendapat sambutan.

“Secara tak langsung pengikut saya akan tahu bagaimana cara saya bekerja.

“Saya rasa dengan cara itu saya boleh memberi semula kepada masyarakat dan ia sesuatu yang membahagiakan,” katanya yang kini sedang bercuti sambil belajar di New York.

Pelakon filem “Azura 2012” itu memiliki 1.4 juta pengikut di Twitter dan 2.2 juta pengikut di Facebook, kini produk jenamanya menjadi salah satu yang terbesar di Malaysia dan mengintai pasaran eksport selain Singapura dan Brunei.

Sumber : Malay Mail

BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post