BERANI BETUL DIA NI?
Byk btol share dia dpt..mengalahkan amran fans, ijoy fans, mahupun fantastic ⁴ ..
"Kos sara hidup meningkat saban bulan, adakah negara diterajui orang gila ?" |
‘Kos sara hidup meningkat saban bulan, adakah negara diterajui orang gila ?’
Kepada Dato Seri Najib dan pemback up tegar.
Saya cuba berfikir secara waras dan logik akal untuk menerima semua yang berlaku kebelakangan ini. Semua yang berlaku sekelip mata. Dengan pantas dan tak disangka² sampailah dah takda perasaan sebab menanti apa lagi yang akan jadi.
Kepada Dato Seri…saya bekerja makan gaji walau pendapatan saya tetap tapi kos sara hidup yang meningkat bukan saban tahun dah macam saban bulan buat saya berfikir adakah negara saya diterajui oleh orang gila?
Pengurangan subsidi dan sebagainya dibuat bukan masa pembentangan bajet..tapi entah mukjizat dari mana tiba² ada announcement.
Kalau saya sendiri terasa, bagaimana dengan orang gaji rendah dari saya yang tambah pulak dengan komitmen lebih tinggi dan banyak tanggungan. Moga Allah murahkan rezeki mereka.
Saya mula menyokong Dato Seri sebab Pak Lah yang kaki tidur. Lepas tu baru saya sedar lebih baik tidur dari jaga dan menyusahkan orang. Lebih baik saya mengaku kesilapan dan kebodohan saya dari selfie tunjuk bagus padahal temporary worker and amek mase lebih dari 3 bulan untuk confirm probation. Saya juga manusia biasa yang tak bagus mana.
Tol naik maybe ade option gunakan pengangkutan awam, pengangkutan awam pun naik !!! Mana kami nak berjimat. Nak tanam sayur sendiri tak semua ada tanah. Nak bela lembu sendiri sama jugak takkan saya nak letak lembu dalam apartment. Nak berniaga salah tempat kena angkut. Nak mintak lesen banyak songeh sampai tak dapat. Gaji kebanyakan rakyat ciput je…terfikir gak saya celah mana kami semua boleh berjimat. Pergi kerja tolak kereta separuh jalan baru drive ke ? Kadang² saya pelik kerana saya tak boleh fikir sebodoh yang ada dalam kepala otak Dato Seri.
Tambahan apabila terjumpa penyokong tegar yang kadang² tak tahu apa yang disokong. Barang naik disokong, dia wat bodoh pun disokong, golongan ini amat unik. Kerana kebodohannya melebihi skala 6. Mungkin kami semua bodohnya tersekat di skala 5.
Ini hanya luahan hati selepas melihat fun fair dunia yang dihidangkan oleh badut² yang dipilih secara salah dari saya dan juga orang yang lain. Tapi next time saya takkan undi awak lagi.
Terima kasih untuk fun fair ini dan sesungguhnya saya tak terhibur. Jika ada calon lawan yang berkaliber dah tentu undi saya kepada mereka. Tapi kalau dah sama je time undi baru nampak muka. Sama jela dengan badut² yang jadi menteri sekarang.
Akhir kata dari saya…jika Dato Seri selesa di atas sekarang cuba fikirkan bila Dato Seri dah tiada apa²…masa tu takda sorang akan back up dan telanjanglah semuanya. Itupun kalau Dato Seri ada lagi kat Malaysia. Saya tak rasa Dato Seri stay…hehehe.
Ditulis Oleh Facebook Amirul Asrafovic
Post a Comment