Kesan Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris [VIDEO]

Kesan Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris [VIDEO]

Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sumbangan amal jariah saya kepada orang lain. Jika jual lebih daripada 10 sen sebiji, saya tidak boleh tidur malam apabila memikirkan mengapa perlu saya ambil untung berlebihan, ” itu kata Muhammad Waliuddin Chua, 24, apabila gambarnya menjual donat menjadi viral di media sosial.

Kesan Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris [VIDEO]
Kesan Donat 10 Sen : Bukan Donat Je Laris, Empunya Badan Pun Laris [VIDEO]
Sebelum ini, Siakapkeli pernah memuat naik gambar tersebut yang mana mendapat komen yang positif dari pengguna media sosial.


Waliuddin, yang memeluk Islam pada 2011, berkata idea untuk menjual donut murah tercetus apabila dia melihat orang ramai sukar untuk memilih kuih kegemaran kerana faktor harga.

"Hasil pemerhatian saya ketika membeli kuih, orang ramai sukar membuat pilihan apabila terpaksa mengambil kira harga setiap jenis kuih yang ingin dibeli.

"Justeru, saya mahu mereka menikmati kuih tanpa terlalu memikirkan harga," katanya memetik laporan myMetro.



Walaupun harga 10 sen, Waliuddin berkata dia mampu memperoleh keuntungan sebanyak RM40 untuk 1,000 donat yang terjual.

Menurut Waliuddin juga, perniagaan donat 10 sennya itu bermula sejak Jumaat lalu dan sejak ia tersebar, permintaan semakin menggalakkan dimana pada hari ini sahaja dia menerima tempahan sebanyak 1,500 biji donat berbanding dengan 100 biji pada hari pertama.

Selain donatnya yang laris, Waliuddin juga berkata dia terkejut apabila dirinya juga menjadi laris apabia ada wanita yang mempelawanya berkahwin atau menjadi teman wanita. Lebih dari itu, ada juga ibu bapa yang mahu menjadikannya menantu mereka.

"Saya terkejut kerana menerima permintaan untuk berkawan di laman sosial sehingga mencapai had selepas kisah saya ‘viral’ di FB. Ada yang menyuarakan hasrat untuk menjadi pasangan saya.

"Bagaimanapun, saya belum berfikir ke arah itu kerana perlu fokus kepada perniagaan ini," katanya.

Namun, Waliuddin turut menzahirkan rasa kecewanya apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menjual kembali donatnya pada harga yang lebih mahal.

"Saya tidak bersetuju jika ada pihak yang mahu menjual donat saya dengan harga lebih mahal.

"Idea asal ialah pengguna menikmati kuih itu dengan harga 10 sen dan saya akan pastikan pembeli menikmati donat dengan harga terbabit," katanya.

Waliuddin yang memiliki diploma dalam bidang penerbangan sepatutnya menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi pada 2013. Namun hasratnya terbantut apabila gagal mendapat pinjaman pendidikan.- Siakapkeli.my


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post