Kelengkapan Sekolahan Naik 30%, Ibu Bapa Terbeban.. Apa Tindakan Kerajaan?

Kelengkapan Sekolahan Naik 30%, Ibu Bapa Terbeban.. Apa Tindakan Kerajaan?

Wan Amri Wan Noridan bersyukur dengan perniagaan atas talian dilakukannya secara separuh masa kerana tanpanya, beliau tidak tahu apa yang boleh disediakan untuk kelengkapan persekolahan dua anaknya tahun ini.

Kelengkapan Sekolahan Naik 30%, Ibu Bapa Terbeban.. Apa Tindakan Kerajaan?
Kelengkapan Sekolahan Naik 30%, Ibu Bapa Terbeban.. Apa Tindakan Kerajaan?
Eksekutif Akauntan berusia 34 tahun itu adalah antara ibu bapa yang memberitahu The Malaysian Insider bagaimana harga kelengkapan sekolah seperti pakaian seragam, kasut dan beg meningkat sebanyak 30% tahun ini berbanding 2014.


Peruncit mengakui perkara ini dan mendakwa kemerosotan nilai ringgit, ditambah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta harga kain yang meningkat – komponen utama pakaian seragam sekolah – menyumbang kepada kenaikan harga keperluan asas persekolahan itu.



"Tanpa perniagaan sampingan saya, adalah sangat sukar untuk berjimat sehingga akhir bulan bagi membeli keperluan dan kelengkapan persekolahan anak-anak," kata Wan Amri, yang tinggal di Kelana Jaya.

Beliau menganggarkan perbelanjaan hampir RM500 untuk pakaian dan alat tulis bagi anak perempuan dan lelakinya yang kini masing-masing di Darjah 5 dan 2.

"Saya juga memperuntukkan RM100 setiap seorang untuk yuran sekolah mereka," kata Wan Amri dan menambah beliau juga memperuntukkan kira-kira RM1,600 bagi yuran prasekolah dua anak kecilnya.

"Apabila saya menghentikan seketika perniagaan atas talian dan hanya menumpukan kepada pekerjaan sepenuh masa, ia akan menjadi suatu yang sukar. Syukurlah saya dapat kembali melakukannya," kata Wan Amri, yang menjual produk kesihatan atas talian.

Pekerja gudang, Abdul Hamid Abdul Rani menganggarkan perbelanjaan untuk dua anak lelaki di sekolah menengah dan seorang anak perempuan di sekolah rendah bertambah sebanyak RM200 tahun ini.

Seperti Wan Amri, Hamid yang juga tinggal di Kelana Jaya tidak boleh bergantung hanya kepada gaji sepenuh masa untuk menyediakan keperluan persekolahan mereka.

"Satu perkara yang baik adalah syarikat saya memberi kami banyak peluang untuk melakukan kerja lebih masa. Saya perlu bekerja sekurang-kurangnya tambahan 2 jam sehari. Jika saya tidak mempunyai komitmen keluarga di rumah, saya juga akan bekerja pada hujung minggu," kata bapa berusia 48 tahun itu.

Tahun lepas, Hamid membelanjakan RM400 hingga RM500 untuk ketiga-tiga anaknya tetapi tahun ini ia meningkat kepada RM700.

Kedua-duanya, Wan Amri dan Hamid mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM7,000 ke bawah, mengikut pengiraan kerajaan, meletakkan mereka dalam golong berpendapatan sederhana.

Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan kumpulan isi rumah yang memperoleh pendapatan antara RM3,800 dan RM8,300 dikategorikan sebagai golongan berpendapatan pertengahan atau kumpulan pertengahan 40% (M40).

Tetapi, biarpun ibu bapa yang dikategori berpendapatan tinggi iaitu mereka dalam kelompok 20% terpaksa lebih berhati-hati dalam perbelanjaan bagi menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing.

"Kenaikan gaji kami tidak cukup untuk menampung kadar kenaikan harga barang," kata Sam Phuah, 42, dari Petaling Jaya, yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM10,000.

"Perbelanjaan saya meningkat sebanyak RM300 tahun ini berbanding tahun lepas atau hampir 30%," kata Phuah, merujuk kepada perbelanjaan untuk 2 anak perempuannya di sekolah rendah tahun ini.

Antara perkara yang naik adalah beg (RM300 untuk 2 beg beroda) dan tambang bas sekolah (RM240 untuk kedua-dua anak perempuannya).

Ibu bapa yang anak mereka berpindah daripada sekolah rendah ke sekolah menengah seperti Ganapathy Santhiran, terpaksa berbelanja lebih. Daripada memakai pakaian yang sama sebelum ini, mereka perlu membeli keseluruhan set baru.

"Kita juga perlu berhati-hati tentang jenis yang kita beli. Suatu ketika, seorang guru tidak membenarkan anak saya untuk memakai sepasang kasut yang saya beli kerana ia tidak memenuhi garis panduan sekolah.

"Tetapi saya sudah membuat pemeriksaan dengan kedai dan mereka berkata ia boleh diterima," kata ahli perniagaan berusia 47 tahun dari Klang yang membelanjakan kira-kira RM1,000 untuk kedua-dua anaknya yang seorang di Tingkatan 1 manakala seorang lagi di Tahun 5.

Tukang jahit, Mohd Fauzi Ismail berkata, kos untuk menghasilkan pakaian seragam sekolah meningkat tahun ini berikutan harga kapas tinggi dan kain yang terpaksa diimport.

"Kenaikan harga ini adalah yang paling teruk saya lihat," kata Fauzi yang mendakwa harga bagi semeter kain sudah naik sehingga RM8.

Tinjauan tahun lalu mendapati kain untuk pakaian seragam berharga RM3.80 semeter.

"Kami cuba untuk mengekalkan peningkatan harga pada pakaian seragam kami pada kira-kira 10%. Kami tidak suka membebankan ibu bapa selagi kita boleh serap kenaikan itu kita akan serap," kata Fauzi, yang sudah menjalankan kedai jahitan di Shah Alam selama 20 tahun.

Jackie Tang yang menjual beg sekolah berkata, harga di hampir semua peruncit meningkat sebanyak 30% sejak semua barang diimport dari China.

"Hanya kira-kira 10% daripada beg yang dijual di Malaysia adalah dari Indonesia tetapi selebihnya adalah dari China. Oleh itu, apabila nilai ringgit jatuh, ia menjadi lebih mahal untuk mengimport," kata Tang yang sudah menjalankan perniagaan selama 10 tahun.

Oleh kerana Tang merupakan seorang pembekal, beliau dapat mengekalkan kenaikan harga pada tahap minimum.

"Peruncit lain perlu menaikkan harga apabila mereka membeli daripada pembekal yang juga mengenakan GST," kata Tang.

Menurut Jabatan Kastam, hanya perniagaan yang meraih perolehan melebihi RM500,000 setahun diwajibkan mendaftar untuk membolehkan mereka mengena dan mengutip GST.

Walaupun pakaian seragam sekolah tidak dinayatakan secara spesifik sebagai item dalam senarai jabatan itu dikenakan GST, komponen lain seperti – baju, skirt,songkok dan tudung disenaraikan sebagai dikenakan cukai sebanyak 6%.

Kesemua alat tulis dikenakan GST kecuali buku tulis, buku latihan, buku latihan sains dan buku cerita yang merupakan sebahagian daripada kukurikulum pendidikan lapor The Malaysian Insider


BACA ARTIKEL PENUH DI SINI DAN DI SINI

Post a Comment

Previous Post Next Post